Video lama latihan askar payung terjun Rusia dikongsi dengan dakwaan tak sahih tentang 'pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022'

Diterbitkan pada 25/03/2022 pukul 07:57

Satu video telah ditonton lebih daripada ribuan kali selepas ia dikongsi dengan dakwaan bahawa ia menunjukkan tentera payung terjun Rusia mendarat dengan payung terjun di Ukraine berikutan pencerobohan Rusia ke atas negara jirannya pada Februari 2022. Namun, dakwaan itu tak benar. Video itu telah beredar sejak sekurang-kurangnya tahun 2014 dalam catatan media sosial mengenai latihan ketenteraan di Rusia.