Klip ini hanya menunjukkan salah satu wad hospital di Brazil, manakala ada puluhan pesakit Covid-19 dirawat di wad lain

Diterbitkan pada 06/05/2021 pukul 04:25

Satu video seorang profesional kesihatan menyanyi di wad hospital yang kosong telah ditonton puluhan ribu kali di Facebook dengan dakwaan video itu menunjukkan “kebenaran” situasi pandemik di Brazil. Dakwaan itu mengelirukan. Klip itu hanya menunjukkan salah satu wad di sebuah hospital di Brazil, yang sedang merawat lebih daripada 70 pesakit Covid-19 di wad lain. Di bandar tempat video tersebut dirakamkan, penghunian katil rawatan intensif orang dewasa adalah 93 peratus pada masa video dibuat.