Pihak berkuasa kesihatan tidak pernah kata minum air suam akan menghalang influenza atau novel koronavirus

Diterbitkan pada 10/02/2020 pukul 08:53

Beberapa posting Facebook yang mendakwa bahawa influenza atau novel koronavirus boleh dicegah dengan meminum air suam telah dikongsikan ratusan kali. Banyak posting yang memperkenalkan maklumat tersebut sebagai “buletin kesihatan” dari pihak berkuasa di Malaysia atau Singapura. Tetapi, pihak berkuasa tidak pernah mengeluarkan nasihat itu.