Malaysia

Pakar tolak dakwaan palsu bahawa 'Malaysia kini berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik'

Diterbitkan pada 30/05/2023 pukul 08:31

Beberapa artikel dan catatan media sosial berkongsi dakwaan palsu bahawa Malaysia kini terletak dalam Lingkaran Api Pasifik dan beberapa lokasi di negara ini kini terdedah kepada risiko gempa bumi. Tetapi pakar geologi berkata Malaysia masih terletak jauh dari Lingkaran Api Pasifik dan ia akan mengambil masa berjuta tahun untuk beralih ke rantau ini.