KESIHATAN

Bill Gates tidak menamatkan wawancara apabila ditanya tentang vaksin; video telah dimanipulasi

Diterbitkan pada 21/03/2023 pukul 08:39

Pengasas Microsoft dan dermawan Amerika, Bill Gates, tidak secara tiba-tiba menamatkan temu bual selepas ditanya mengenai sokongan beliau terhadap vaksin Covid-19, bertentangan seperti yang ditampilkan video yang telah ditonton puluhan ribu kali di media sosial. Beberapa butiran menunjukkan rakaman itu telah dimanipulasi menggunakan kecerdasan buatan (AI). Dialog itu tidak dipaparkan dalam wawancara asal televisi Australia dengan Gates.