AMERIKA LATIN

Video ini menunjukkan karnival di Brazil pada tahun 2018

Dikemas kini pada 02/09/2020 pukul 17:11

Satu video telah ditonton puluhan ribu kali di Facebook dan YouTube dan disertai dengan dakwaan bahawa ia menunjukkan pesta terakhir di Itali sebelum penularan wabak novel koronavirus. Dakwaan itu tak benar. Rakaman itu sebenarnya dari sebuah karnival di Brazil pada Februari 2018, dua tahun sebelum pengesahan kes COVID-19 yang pertama di Itali.