Video disunting putar belit kenyataan CEO Pfizer di Forum Ekonomi Dunia
Dikemas kini pada 21/03/2023 pukul 07:21
Sebuah video telah ditonton puluhan ribu kali selepas dimuat naik dengan dakwaan salah bahawa Albert Bourla, ketua pegawai eksekutif (CEO) Pfizer, berkata bahawa syarikat gergasi farmaseutikal Amerika itu merancang mengurangkan populasi dunia kepada separuh pada tahun 2023. Video ini ternyata telah disunting. Klip video asal memperlihatkan Bourla mengatakan bahawa Pfizer merancang untuk mengurangkan jumlah orang yang tidak mampu membeli ubat kepada separuh.