TIMUR TENGAH

Dakwaan tak benar tentang nahas pesawat Garuda Indonesia di Iran beredar di media sosial

Diterbitkan pada 21/01/2022 pukul 11:00

Satu video menunjukkan kapal terbang yang terhempas ketika mendarat dan para penumpang dipindahkan dari pesawat, telah ditonton ratusan ribu kali dengan dakwaan bahawa ia menunjukkan nahas pesawat Garuda Indonesia di Iran pada Januari 2022. Dakwaan itu tak benar. Video pertama ialah video simulasi, manakala video kedua ialah rakaman nahas pesawat syarikat penerbangan lain di Iran pada Januari 2022. Tiada laporan rasmi atau boleh dipercayai mengenai nahas pesawat Garuda Indonesia baru-baru ini.