Termometer inframerah adalah selamat dan tidak menyebabkan kanser, kata pihak berkuasa kesihatan

Diterbitkan pada 12/08/2020 pukul 05:30

Satu gambar telah dikongsi dalam pelbagai catatan di Facebook di Malaysia bersama-sama dakwaan bahawa orang di Arab Saudi mengarahkan termometer inframerah ke tangan orang dan bukannya di dahi mereka kerana “sinar laser” boleh merosakkan otak. Dakwaan itu tersebar ketika kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mengesyorkan pemeriksaan suhu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi penyebaran novel koronavirus. Dakwaan itu tak benar; pihak berkuasa kesihatan mengatakan termometer inframerah boleh diarahkan ke kepala seseorang dengan selamat; gambar dalam catatan yang mengelirukan telah diambil dari galeri foto yang juga menunjukkan pegawai di Arab Saudi mengarahkan termometer inframerah ke arah kepala orang.