Pakar kesihatan tolak dakwaan pisang tidak boleh dimakan bersama susu, tembikai atau kentang

Dikemas kini pada 07/03/2023 pukul 10:55

Pakar kesihatan menyangkal tips kesihatan yang tersebar di platform media sosial yang mendakwa susu, tembikai dan kentang tidak boleh diambil selepas memakan pisang. Video yang dikongsi telah ditonton jutaan kali. Pakar nutrisi berkata tiada asas saintifik terhadap dakwaan itu kerana apa yang penting adalah cara makanan itu diambil bagi memastikan ia mampu memberi nutrisi tambahan kepada badan.