Penyemakan fakta di AFP

Semakan fakta merupakan elemen teras kerja AFP yang merupakan  agensi berita antarabangsa yang ulung dan berumur lebih dari 180 tahun.

AFP mempunyai status yang unik di bawah undang-undang Perancis. Kira-kira dua pertiga sumber kewangan AFP adalah komersial dan selebihnya daripada subsidi kerajaan Perancis untuk menyokong kewartawanan kepentingan awam, di Perancis dan di luar negara.

Kami menyediakan blog ini untuk fokus kepada semakan fakta demi menangani kemunculan banyak misinformasi dan disinformasi di dunia maya. AFP mendapat inspirasi dari pengalaman bekerjasama dengan CrossCheck dalam projek melibatkan pilihan raya Perancis pada tahun 2017.

Kami berniat untuk menolong pihak awam dan wartawan-wartawan di bilik berita untuk capai kesimpulan yang dimaklumkan mengenai informasi yang diperolehi di Internet, sama ada daripada pos media sosial, artikel berita, video ataupun kenyataan.

Kerja AFP dilaksanakan oleh editor semakan fakta dan jaringan wartawan di seluruh dunia, mengikuti standard editorial dan prinsip panduan utama AFP sebagai sebuah agensi berita antarabangsa.

Kami cuba mengongsi tip dan peralatan untuk menolong pihak lain untuk menjalankan kerja-kerja semakan fakta dan pengesahan.

Kami memilih kandungan untuk disiasat berdasarkan beberapa kriteria termasuklah kepentingan editorial, berapa luasnya tersebar sesuatu maklumat dan sama ada kandungannya telah memasuki perdebatan awam.

Kerja kami berpegang kepada misi piagam AFP iaitu untuk menyediakan liputan berita yang tepat, seimbang dan tanpa berbelah bahagi dengan "suara yang bebas daripada pengaruh politik, komersial ataupun ideologi."

AFP adalah sebahagian daripada program semakan fakta pihak ketiga yang dilaksanakan oleh Facebook. Kami mempertimbangkan kandungan yang ditandakan di Facebook sebagai sebahagian daripada bahan yang kami selidik. Kandungan yang diberi nilai "tidak benar" oleh penyemak fakta akan diturunkan peringkatnya dalam halaman suapan berita supaya sedikit orang akan melihatnya. Operasi semakan fakta AFP mendapat sokongan terus melalui program Facebook.   

AFP merupakan antara penandatangan kod prinsip International Fact-Checking Network (IFCN). Ia termasuk komitmen untuk memainkan peranan neutral dan adil, ketelusan pembiayaan dana dan organisasi, ketelusan metodologi dan amalan pembetulan yang terbuka dan jujur.