Negara-negara tidak membeli kit ujian Covid-19 pada tahun 2018

Dikemas kini pada 01/10/2020 pukul 06:14

Catatan Facebook yang mengetengahkan imej jadual-jadual dari laman web yang dikaitkan dengan Bank Dunia disertakan dengan dakwaan bahawa mereka membuktikan negara-negara tersebut  telah membeli kit ujian Covid-19 pada tahun 2018. Dakwaan itu tak benar. Jadual-jadual tersebut sebenarnya menyenaraikan import dan eksport alat perubatan yang wujud pada tahun 2018 dan dikelaskan sebagai “produk Covid-19” pada April 2020 kerana penggunaan mereka untuk memerangi pandemik, menurut Bank Dunia.