Semakan fakta : bagaimana kami bekerja

Selain kemahiran kewartawanan tradisional, kami menggunakan beberapa alat mudah untuk mengesahkan informasi dalam talian, pemikiran yang wajar dan pendekatan yang berhati-hati.

Kami berniat untuk menunjukkan dengan telus langkah-langkah yang kami ambil sepanjang proses penyemakan fakta.

Kami bermula dengan soalan yang khusus, dan kemudian kami berusaha untuk menyelidik dan melaporkan kandungan dan dakwaan yang mengelirukan yang mungkin menjadi sebahagian dari laporan biasa kami.

Editor kami bermula dengan cubaan untuk menghubungi orang di sebalik sesuatu dakwaan, selain daripada menyemak arkib dan wartawan kami.

Kami mencari maklumat awam yang tersedia dan bukan partisan dalam penyiasatan kami dan menyambungkan pautannya di dalam talian.

Kembali ke sumber

Kebanyakan maklumat tidak benar melibatkan imej lama yang digunakan di luar konteks.

Kami bermula dengan carian imej terbalik, meletakkan gambar di satu ataupun beberapa enjin carian untuk melihat sama ada ia pernah muncul di dalam talian.

Klik kanan pada gambar pada browser Google Chrome memberi pilihan “search Google for image”. Enjin carian menyemak pangkalan datanya untuk mencari imej yang sama di dalam indexnya.

Kami suka sambungan browser InVid-We Verify yang memberi pilihan carian imej enjin Google, Bing (Microsoft), Yandex (Rusia), TinEye (melalui imej, bukan kata kunci) dan Baidu (bahasa Cina).

Carian terbalik tidak selalunya memberi hasil, mungkin kerana gambar belum lagi diterbitkan di internet ataupun kerana belum diindeks.

Kadang-kadang, enjin carian imej terbalik boleh dikelirukan oleh imej yang telah diterbalikkan, seperti yang kita temui dalam cerita ini mengenai Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Kami juga memerhati petunjuk visual (seperti tanda kedai, tanda jalan, seni bina, tumbuhan, plat lesen) untuk mencari lokasi atau tarikh sesuatu imej.

Sebagai contoh, sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap rakaman video di Crete, kami menjumpai lokasinya melalui Google Maps, selepas memerhati bentuk pantai.

Gambar atau video sahaja tidak cukup menjadi bukti atas sesuatu kenyataan. Kami juga perlu menyemak koheren gambar dengan maklumat lain seperti tarikh ia diterbitkan dan butiran di dalamnya seperti keadaan cuaca.

Apabila menyemak gambar yang mengelirukan, kami cuba sedaya upaya untuk mendapatkan fail asal untuk menentukan jika gambar tersebut telah diubah. 

Mencari asal kenyataan atau petikan

Sekadar salin dan tampal perenggan teks di dalam enjin carian boleh mendapati jika ia sudah disebarkan di dalam talian.

Petikan yang mengaitkan ahli politik selalunya diambil dari laman sesawang parodi. Salin dan tampal di dalam enjin carian boleh mengesan balik sumber dalam beberapa saat.

Jika komen dikaitkan dengan seseorang, kami mencari sumber yang boleh dipercayai (rakam audio atau video, transkrip rasmi), dan menyemak akaun dalam talian orang tersebut untuk pengesahan selanjutnya. Kami juga menghubungi orang tersebut untuk mengesahkan kenyataan mereka.

Kami guna whopostedwhat.com untuk mencari pos di Facebook yang mengandungi kata kunci khusus atau dari tarikh tertentu.

Apabila berurusan dengan data kuantitatif, kami mencari kajian asal dan metodologinya.

Menyemak video

Kami menggunakan sambungan Chrome, INVID-We Verify yang dikembangkan bersama AFP. Alat ini membolehkan kami memotong rakaman video kepada thumbnails (melalui tab “keyframes”). Ia kemudiannya menjalankan beberapa carian terbalik atas imej yang sama.

La juga boleh membantu jika kamu syaki imej telah diterbalikkan, ia akan membetulkan gambar itu (Go to "Magnifier" --> Insert your image --> "More filters" --> "Flip" --> "Apply")

Pemeriksaan silang maklumat

Jika imej atau maklumat tersebar di dalam internet meragukan -- terutamanya jika ia tidak menyertakan sumber yang boleh dipercayai -- salah satu refleks pertama adalah untuk mengkaji komen tersebut. Kemungkinan besar ada komen yang memberikan maklumat yang berlawanan atau menanyakan kebenaran pos tersebut.

Jika seseorang atau organisasi disebut dalam pos tersebut, kami menghubungi mereka untuk mendengar versi mereka.

Jika terbitan yang dipersoalkan berdasarkan gambar atau video, kami mencari gambar lain dari kejadian yang sama sebagai perbandingan. Kami juga menghubungi pemilik gambar dan, jika mungkin, memetiknya.

Menghubungi sumber yang betul

Kami selalunya menangani topik-topik di mana pengetahuan kami terhadapnya terbatas. Dalam hal seperti ini, kami bekerjasama dengan wartawan AFP yang mempunyai kemahiran di dalam subjek, daerah atau bahasa yang khusus. Kami bekerjasama dengan jaringan semakan fakta AFP di seluruh dunia.

Tidak terbatas pada internet

Untuk sesetengah semakan fakta, carian di dalam talian dan telefon tidak mencukupi. Kadang-kadang -- seperti hal kewartawanan secara umum -- penyemakan secara langsung diperlukan.

Pada Julai 2018, kami meminta wartawan AFP di Kuwait untuk menyemak video yang tular. Banyak penerbitan mendakwa video tersebut menunjukkan seorang lelaki Saudi menyerang seorang penyambut tetamu di sebuah hospital di London.

Tetapi penyelidikan dalam talian awal mendapati: serangan tersebut kononnya berlaku di sebuah klinik veterinar di Bandar Kuwait.   

Wartawan kami mengunjungi klinik yang kami telah kenal pasti di Internet dan mengesahkan kesahihannya dan juga mendapatkan keterangan daripada doktor haiwan yang diserang di dalam video itu. Berikutnya artikel semakan faktanya.

Seorang editor senior selalu memeriksa laporan semakan fakta sebelum ia diterbitkan di blog kami. 

Kami menggunakan alat pengarkiban, atau Perma CC, untuk mengelakkan peningkatan klik pada maklumat palsu dan untuk menyimpan sebuah rekod sekiranya pos itu kemudiannya berubah atau hilang.

Polisi pembetulan

Amalan pembetulan: Jika kami membuat kesilapan faktual kami akan membetulkannya dan membuat nota pada penerbitan asal. Ini akan ditandakan dengan jelas sebagai “PEMBETULAN” di bahagian bawah artikel, dengan tarikh pengubahsuaian dan penjelasan. Sekiranya kesilapan itu besar, kami akan memadam cerita dan meninggalkan penjelasan. Di sini merupakan pautan kepada semua pembetulan.

Untuk penjelasan atau kemas kini, kami  menggunakan “EDIT” di bawah sebuah cerita.

Alat Claim Review

AFP menggunakan alat Claim Review dalam semakan fakta artikelnya. Ini termasuk maklumat seperti dakwaan yang sedang dinilai, siapa yang membuat dakwaan, dan apakah keputusannya.

Ia membantu enjin carian, seperti Google dan Bing, untuk memaparkan semakan fakta dengan senangnya sebagai maklum balas terhadap carian untuk dakwaan tertentu.

Program Facebook

AFP merupakan sebahagian dari program semakan fakta pihak ketiga Facebook. Kami menganggap cerita yang diketengahkan di Facebook sebagai sebahagian daripada bahan yang kami siasat.

Operasi semakan fakta AFP menerima sokongan langsung menerusi program Facebook.

Kandungan yang diberi nilai “tak benar” oleh penyemak fakta akan diturunkan dalam suapan berita supaya kurang orang akan lihatnya.

Bagaimanapun, kandungan tersebut tidak akan dipadam disebabkan penilaian itu.