Pasukan kami

Mengenai AFP Fact Check

AFP Fact Check merupakan jabatan dalam Agence France-Presse, sebuah agensi berita berbilang bahasa, berbilang budaya yang misinya adalah untuk menyediakan liputan berita yang tepat, seimbang dan tidak berat sebelah di mana-mana dan bila-bila masa ia berlaku di dunia secara berterusan.

Untuk menangani penyebaran maklumat salah (misinformation) dan maklumat palsu (disinformation) dalam talian, AFP telah mencipta pasukan khusus penyemakan fakta dan penyiasatan digital pada tahun 2017, diilhamkan oleh pengalaman kami dengan projek kerjasama CrossCheck, yang memenangi anugerah untuk pilihan raya Perancis tahun itu. Sejak itu, AFP Fact Check telah berkembang menjadi organisasi penyemakan fakta global yang terkemuka, dengan lebih daripada 100 wartawan berdedikasi di berpuluh-puluh negara di seluruh dunia.

Wartawan pemeriksa fakta AFP memantau kandungan dalam talian dalam 26 bahasa, bekerjasama dengan pejabat tempatan agensi ini untuk memastikan pelaporan yang mendalam dan tepat, yang menggabungkan konteks budaya dan politik yang berkaitan. Kami menyemak fakta dalam bahasa Arab, bahasa Belanda, bahasa Bengali, bahasa Bulgaria, bahasa Burmabahasa Catalan, bahasa Croatiabahasa Czech, bahasa Finland, bahasa Hindi, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Korea, bahasa Malaysia, bahasa Perancis, bahasa Poland, bahasa Portugis, bahasa Romania, bahasa Serbia, bahasa Sepanyol, bahasa Slovakbahasa Swedenbahasa Thai dan bahasa Yunani.​ Artikel disunting di hab serantau dan pasukan global diuruskan dari ibu pejabat AFP di Paris.

Kakitangan Kami

Phil Chetwynd, Pengarah Berita Global, Perancis

Phil Chetwynd mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk strategi editorial AFP dan 1,700 wartawan agensi. Sejak menyertai agensi ini pada tahun 1996, beliau telah melaporkan dari kira-kira 20 negara dan memegang peranan termasuk ketua editor global dan ketua editor rantau Asia-Pasifik.

Grégoire Lemarchand, Pengarah Strategi Digital, Pengarah Komunikasi, Perancis

Grégoire Lemarchand bertanggungjawab terhadap strategi digital di AFP. Beliau sebelum ini mengetuai rangkaian penyiasatan digital global AFP dari 2017 hingga 2024 dan bertanggungjawab terhadap strategi media sosialnya selama lebih sedekad dari 2012 hingga 2024.

Julie Charpentrat, Ketua Editor Penyiasatan Digital, Perancis

Julie Charpentrat telah mengetuai pasukan penyiasatan digital global AFP sejak 2024. Beliau menyertai pasukan penyiasatan digital pada 2019 sebagai pemeriksa fakta yang bertanggungjawab bagi topik kesihatan sebelum menjadi timbalan ketua editor tiga tahun kemudian. Sebelum itu, beliau bekerja sebagai wartawan bisnes di pejabat AFP di New York dan San Francisco.

Nina Lamparski, Timbalan Ketua Editor Penyiasatan Digital, Perancis

Nina Lamparski mengetuai pasukan penyiasatan digital global selepas menerajui unit Afrika jabatan tersebut. Beliau menyertai AFP dari BBC sebagai koresponden luar negara di Vienna pada tahun 2015. Kerjayanya telah membawanya ke Sydney, Phnom Penh, London dan Brussels.

Cédric Simon, Timbalan Ketua Editor Penyiasatan Digital, Perancis

Cédric Simon menyertai pasukan penyiasat digital pada tahun 2024. Beliau telah memegang banyak peranan dalam AFP termasuk sebagai wartawan di Brussels membuat liputan Kesatuan Eropah dan wartawan politik yang membuat liputan di parlimen Perancis. Beliau sebelum ini merupakan timbalan ketua pengarang jabatan dokumentasi multimedia.

Marie Bohner, Ketua Pembangunan dan Perkongsian, Penyiasatan Digital, Perancis

Marie Bohner bertanggungjawab membangunkan pasukan penyiasatan digital global. Beliau menguruskan perkongsian dengan organisasi penyiasatan digital yang lain. Beliau menyelaraskan projek CrossCheck France pada 2017 bagi pihak First Draft, dan merupakan ketua perkongsian global mereka sehingga 2021.

Elodie Martinez, Ketua Global Pengeluaran Video dan Latihan Penyiasatan Digital, Perancis

Elodie Martinez ialah Ketua Global Pengeluaran Video dan Latihan Penyiasatan Digital. Sehingga 2022, beliau merupakan ketua editor penyiasatan digital untuk Amerika Latin dan Sepanyol dan, sebelum itu, mengetuai pasukan berita dalam talian dan media sosial AFP dalam bahasa Sepanyol.

Gaëlle Faure, Pengurus Latihan Digital untuk Eropah dan Afrika, Perancis

Gaëlle Faure mengetuai program latihan kewartawanan digital AFP di Eropah dan Afrika. Beliau menyertai AFP pada tahun 2020 sebagai timbalan ketua pasukan penyiasatan digital Afrika.

Natalie Handel, Penyelaras Video Penyiasatan Digital, Perancis

Natalie Handel menyelia pengeluaran video penyiasatan digital. Beliau menyertai AFP pada 2009, pada mulanya bekerja selama sedekad sebagai wartawan video di Amerika Syarikat dan Perancis sebelum beralih kepada laporan teks mengenai sains, kesihatan dan alam sekitar. Beliau menyertai pasukan penyiasatan digital pada 2021.

Myriam Adam, Wartawan Video Siasatan Digital, Perancis

Myriam Adam merupakan wartawan video di pasukan penyiasatan digital di Paris. Beliau sebelumnya bekerja sebagai wartawan video di Perancis, membuat liputan pandemik Covid-19 dan protes Jaket Kuning, serta di Nicosia, ibu bandar Cyprus, membuat liputan berita dari kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara.

Yadira Lopez, Wartawan Video Siasatan Digital, Perancis

Yadira Lopez menghasilkan video penyiasatan digital dalam bahasa Sepanyol dan turut membantu pengeluaran video dalam bahasa Inggeris. Beliau menyertai AFP pada 2023 sebagai penerbit untuk AFPTV. Sebelum ini, beliau bekerja untuk akhbar di Florida dan Oregon, termasuk Miami Herald.

Manon Jacob, Wartawan Penyiasatan Digital Perubahan Iklim, USA

Manon Jacob menyertai pasukan penyiasatan digital AS pada Januari 2020 dan mula menumpukan sepenuhnya pada maklumat salah/palsu berkaitan iklim dan alam sekitar pada tahun 2024. Sebelum itu, beliau merupakan wartawan di Perancis, Belgium dan Poland untuk AFP, Politico dan Reuters.

Chloé Rabs, Wartawan Penyiasatan Digital Kesihatan, Perancis

Chloé Rabs menyertai pasukan penyiasatan digital Perancis pada tahun 2022. Beliau kini memberi tumpuan kepada maklumat salah/palsu berkaitan isu kesihatan.

Jacqueline Pietsch, Pengurus Projek Teknikal, Penyiasatan Digital, Perancis

Jacqueline Pietsch menyelia perkembangan teknikal untuk pasukan AFP. Sejak menyertai AFP pada 1996, beliau telah bekerja dalam pelbagai peranan, disiplin dan negara, termasuk mengetuai penerbitan TV berbahasa Inggeris AFP, wartawan di Belanda dan wartawan video yang bertanggungjawab untuk Asia Tenggara.

Denis Teyssou, Pengurus Medialab AFP, Perancis

Denis Teyssou adalah pengurus inovasi projek Horizon, vera.ai (2022-2025) dan pengasas InVID-WeVerify yang terhasil daripada projek EU sebelumnya InVID (2016-2018) dan WeVerify (2018-2021).

Bertrand Goupil, Jurutera Arkitek Penyelesaian, AFP Medialab, Perancis

Bertrand Goupil ialah peneraju teknikal utama untuk pemalam pengesahan InVID-WeVerify, mengambil bahagian dalam AFP Medialab pada projek yang dibiayai oleh EU (InVID, WeVerify, vera.ai) untuk menafikan maklumat salah dan mencipta alatan untuk penyemak fakta.

Walaupun kami berusaha untuk bersikap setelus mungkin tentang kakitangan kami, wartawan berhadapan bahaya lebih besar di sesetengah negara dan keadaan daripada tempat lainnya. Atas sebab itu, beberapa nama wartawan dalam pasukan Asia-Pasifik kami tidak disebutkan di bawah untuk melindungi keselamatan mereka.

Daniel Funke, Ketua Penyiasatan Digital untuk Asia-Pasifik, Hong Kong

Daniel Funke mengetuai pasukan penyiasatan digital Asia-Pasifik. Beliau menyertai AFP pada tahun 2022 sebagai penyeditor penyiasatan digital yang berpangkalan di Washington, DC. Sebelum itu, beliau bekerja sebagai wartawan dan edtor  maklumat salah, politik dan teknologi di USA Today, PolitiFact, International Fact-Checking Network dan Poynter Institute for Media Studies.

Jake Soriano, Timbalan Ketua Penyiasatan Digital untuk Asia-Pasifik, Hong Kong

Jake Soriano ialah timbalan ketua penyiasatan digital untuk pasukan Asia-Pasifik. Beliau menyertai biro AFP di Manila sebagai wartawan penyiasatan digital pada tahun 2019. Sebelum itu, beliau pernah bekerja dalam projek penyemakan fakta di Filipina.

Sophia Xu, Pengurus Latihan Digital untuk Asia-Pasifik, Hong Kong

Sophia Xu mengetuai program latihan kewartawanan digital AFP di Asia-Pasifik. Beliau menyertai AFP pada 2020 sebagai editor penyiasatan digital. Beliau telah melatih ratusan wartawan dan pelajar jurusan kewartawanan digital di persidangan media dan universiti di seluruh Asia.

Dene-Hern Chen, Editor, Australia

Dene-Hern Chen ialah editor penyiasatan digital yang memantau maklumat salah di Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik. Beliau menyertai AFP pada 2018 sebagai koresponden di Bangkok dan kemudian menjadi editor di meja Asia-Pasifik, serta ketua biro Hong Kong dan Taiwan.

Sumit Dubey, Editor, India

Sumit Dubey ialah editor untuk pasukan penyiasat digital yang berpangkalan di New Delhi. Sebelum menyertai AFP pada 2022, beliau bekerja untuk pelbagai akhbar terkemuka India.

Md Eyamin, Editor, Bangladesh

Md Eyamin menyelaras pengeluaran kandungan dalam bahasa Bengali. Sebelum menyertai AFP pada 2023, beliau bekerja sebagai koresponden kanan untuk The Business Standard dan sebagai wartawan untuk Bonik Barta, membuat liputan sektor tenaga di Bangladesh dan negara‑negara jiran.

Safrin La Batu, Editor, Indonesia

Safrin La Batu menyertai AFP pada 2019 sebagai wartawan pasukan penyiasat digital di Indonesia. Sebelum itu, beliau bekerja sebagai wartawan di The Jakarta Post dan The Gecko Project.

Jeff Li, Editor, Hong Kong

Jeff Li merupakan editor untuk pasukan Asia-Pasifik. Sebelum menyertai AFP pada 2022, beliau bekerja sebagai wartawan di BBC, yang membuat liputan di Hong Kong dan China.

Zoe Low, Editor, Hong Kong

Zoe Low ialah editor untuk pasukan Asia-Pasifik. Sebelum menyertai AFP pada 2022, beliau bekerja sebagai wartawan di South China Morning Post.

Nattakorn Ploddee, Editor, Thailand

Nattakorn Ploddee mengetuai pasukan penyiasatan digital Asia Tenggara dari Bangkok. Beliau bertanggungjawab terhadap keluaran kandungan dalam bahasa Thai dan turut mengambil bahagian dalam bengkel penyiasatan digital AFP. Sebelum menyertai agensi itu pada 2019, beliau bekerja sebagai penyampai berita yang membuat liputan berita antarabangsa.

Richard Pyne, Editor, Hong Kong

Richard Pyne ialah editor untuk pasukan Asia-Pasifik. Sebelum menyertai AFP pada 2022, beliau bekerja sebagai wartawan, pembaca berita dan editor untuk Radio Television Hong Kong.

Purple Romero, Editor, Hong Kong

Purple Romero ialah editor untuk pasukan Asia-Pasifik. Sebelum menyertai AFP pada 2023, beliau bekerja sebagai pembantu pengajar di Universiti Hong Kong dan sebelum itu sebagai wartawan penyiasatan digital di biro AFP Manila.

Lucille Sodipe, Editor, Filipina

Lucille Sodipe melaporkan tentang maklumat salah/palsu (mis/disinformation) yang beredar di Filipina. Sebelum menyertai AFP pada 2020, Lucille bekerja dalam media penyiaran, menghasilkan dokumentari televisyen selama lebih daripada sedekad. Beliau juga pernah menjadi wartawan dan editor di organisasi pemeriksa fakta Filipina, Vera Files.

Raevathi Supramaniam, Editor, Malaysia

Raevathi Supramaniam ialah wartawan multimedia yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebelum menyertai AFP sebagai editor penyiasatan digital, beliau bekerja untuk portal berita dalam talian di Malaysia.

Medha Vernekar, Editor, Hong Kong

Medha Vernekar merupakan editor Asia-Pasifik untuk AFP sejak 2023 selepas bekerja sebagai wartawan bebas yang membongkar maklumat salah di Australia. Sebelum itu, beliau bekerja sebagai pelatih berita untuk Storyful.

Sachin Baghel, Wartawan, India

Sachin ialah wartawan penyiasatan digital yang menafikan maklumat salah/palsu di India. Sebelum menyertai AFP pada 2024, beliau adalah seorang wartawan untuk laman web semakan fakta BOOMLive dan pernah berkerja sebagai wartawan multimedia untuk pelbagai saluran media India.

Ara Eugenio, Wartawan, Filipina

Ara Eugenio ialah wartawan penyiasatan digital di Filipina. Beliau menyertai AFP pada 2022 selepas bekerja sebagai wartawan multimedia di Summit Media.

Sammy Heung, Wartawan, Hong Kong

Sammy Heung ialah wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Hong Kong. Sebelum menyertai AFP pada 2025, beliau bekerja sebagai wartawan untuk South China Morning Post.

Gemma Holliani Cahya, Wartawan, Indonesia

Gemma Holliani Cahya ialah wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Jakarta. Sebelum menyertai AFP pada 2022, beliau bekerja sebagai wartawan untuk The Guardian, Los Angeles Times dan The Jakarta Post.

Chayanit Itthipongmaetee, Wartawan, Thailand

Chayanit Itthipongmaetee ialah wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Bangkok, Thailand. Sebelum menyertai AFP, Chayanit bekerja sebagai wartawan untuk Coconuts Bangkok dan Khaosod English.

Pasika Khernamnuoy, Wartawan, Thailand

Pasika Khernamnuoy ialah wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Bangkok. Sebelum menyertai AFP pada 2024, beliau bekerja sebagai editor media sosial di BBC membuat liputan di Thailand dan strategi kandungan digital.

Akshita Kumari, Wartawan, India

Akshita ialah wartawan penyiasatan digital yang menafikan maklumat salah/palsu yang beredar di India. Sebelum menyertai AFP, beliau pernah menjalankan latihan praktikal sebagai wartawan politik dengan Hindustan Times dan sebagai penyumbang bebas untuk pelbagai laman web berita India.

Devesh Mishra, Wartawan, India

Devesh Mishra menafikan maklumat salah/palsu yang beredar di India. Sebelum menyertai AFP, beliau bekerja sebagai wartawan untuk laman web semakan fakta BOOM Live di New Delhi dan sebagai jurulatih media untuk FactShala, satu program Inisiatif Google News.

Rasheek Tabassum Mujib, Wartawan, Bangladesh

Rasheek Tabassum Mujib ialah wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Dhaka, yang sebelum ini bekerja sebagai wartawan membuat liputan berkenaan kesihatan dan pendidikan untuk Cape Cod Times di bawah Rangkaian USA Today di Amerika Syarikat. Sebelum menamatkan ijazah sarjananya dari Universiti Boston, beliau memulakan kerjaya kewartawanannya di The Daily Star di Dhaka.

Felix Nathaniel, Wartawan, Indonesia

Felix Nathaniel ialah wartawan penyiasatan digital yang memantau maklumat salah/palsu di Indonesia. Sebelum menyertai AFP pada 2023, beliau bekerja sebagai wartawan penyiasat membuat liputan dalam isu politik, hak asasi manusia, ekonomi, teknologi dan alam sekitar untuk Tirto.id dan TechinAsia.

Harshana Silva, Wartawan, Sri Lanka

Harshana telah bekerja sebagai wartawan penyiatan digital di Sri Lanka sejak 2021. Sebelum peranannya di AFP, beliau mengetuai pasukan semakan fakta tempatan di Colombo dan pernah bekerja lebih lapan tahun sebagai wartawan di akhbar Sinhalese Lankadeepa.

Najmi Syahiran Mamat, Wartawan, Malaysia

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Najmi menafikan maklumat salah/palsu yang beredar  di Malaysia dan Singapura. Sebelum menyertai AFP pada Oktober 2023, beliau bekerja untuk saluran berita Channel News Asia, Free Malaysia Today dan Astro AWANI. 

Walaupun kami berusaha untuk bersikap setelus mungkin tentang kakitangan kami, wartawan berhadapan bahaya lebih besar di sesetengah negara dan keadaan daripada tempat lainnya. Atas sebab itu, beberapa nama wartawan dalam pasukan Asia-Pasifik kami tidak disebutkan di bawah untuk melindungi keselamatan mereka.

Brett Horner, Ketua Penyiasatan Digital untuk Afrika, Afrika Selatan

Brett Horner mengetuai pasukan penyiasatan digital Afrika. Seorang wartawan senior dengan pengalaman 20 tahun, beliau pernah menjadi ketua editor dua akhbar serantau dan laman web berita di Afrika Selatan.

Paris Gachahi, Timbalan Ketua Penyiasatan Digital untuk Afrika, Kenya

Peris Gachahi ialah timbalan ketua penyiasatan digital untuk pasukan Afrika. Beliau menyertai AFP pada tahun 2024 sebagai pemeriksa fakta dan sebelum itu memegang peranan yang sama di Pesa Check dan Africa Uncensored, di mana beliau juga bekerja sebagai wartawan dan penerbit penyiasatan.

Charlotte Durand, Editor, Perancis

Charlotte Durand ialah editor Perancis untuk pasukan penyiasatan digital di Afrika. Beliau menyertai pasukan editorial AFP pada 2016 dan pernah bekerja sebagai wartawan di London dan wartawan di Paris.

Oluseyi Awojulugbe, Wartawan, Nigeria

Oluseyi Awojulugbe menafikan maklumat salah/palsu yang beredar di Nigeria, Afrika. Sebelum menyertai AFP, beliau bekerja sebagai penganalisis dengan SBM Intelligence, sebuah firma perunding tempatan. Beliau juga pernah bekerja sebagai pemeriksa fakta dengan Africa Check dan sebagai wartawan ekonomi untuk akhbar TheCable di Nigeria.

Emilie Beraud, Wartawan, Perancis

Emilie Beraud melaporkan maklumat salah/palsu di Afrika. Sebelum menyertai AFP pada 2022, beliau bertugas sebagai wartawan yang membuat liputan berkaitan budaya dan kesihatan di France Télévision. Beliau juga pernah bekerja di Paris untuk France 24, membuat liputan antarabangsa dari Lubnan, Tunisia dan Sudan.

Tendai Dube, Wartawan, Afrika Selatan

Tendai Dube telah membuat liputan mengenai maklumat salah/palsu di selatan Afrika  untuk AFP sejak 2018. Beliau sebelum ini bekerja di bilik berita antarabangsa untuk CNBC Africa dan Reuters.

Tolera Fikru Gemta, Wartawan, Ethiopia

Tolera Fikru Gemta melaporkan maklumat salah/palsu di Ethiopia. Sebelum menyertai AFP, Tolera bekerja sebagai pemeriksa fakta kanan di PesaCheck.

Suy Kahofi, Wartawan, Ivory Coast

Suy Kahofi menyertai biro AFP Abidjan pada 2022. Beliau telah menghabiskan hampir dua dekad bekerja untuk media nasional dan antarabangsa di Ivory Coast dan Afrika. Bekas wartawan penyiaran multimedia untuk BBC Afrique, Suy mula menyemak maklumat salah/palsu pada 2016.

Monique Ngo Mayag, Wartawan, Senegal

Monique Ngo Mayag telah membuat liputan mengenai maklumat salah/palsu untuk AFP sejak 2019, bermula di Gabon dan kini di Senegal. Sebelum menyertai AFP, Monique menghabiskan hampir sedekad bekerja sebagai wartawan untuk media swasta Cameroon dan kemudian beralih ke penyiasatan digital untuk laman berita dalam talian.

Samad Uthman, Wartawan, Nigeria

Samad Uthman menafikan maklumat salah/palsu di Afrika dari Nigeria. Sebelum menyertai AFP, beliau bekerja sebagai wartawan multimedia penyiasatan di akhbar TheCable di Nigeria. 

Walaupun kami berusaha untuk bersikap setelus mungkin tentang kakitangan kami, wartawan berhadapan bahaya lebih besar di sesetengah negara dan keadaan daripada tempat lainnya. Atas sebab itu, beberapa nama wartawan dalam pasukan Amerika Latin kami tidak disebutkan di bawah untuk melindungi keselamatan mereka.

Anella Reta, Ketua Pasukan Penyiasatan Digital dalam bahasa Sepanyol dan bahasa Portugis, Uruguay

Anella Reta ialah ketua pasukan penyiasatan digital AFP untuk Amerika Latin, Brazil dan Sepanyol. Sejak menyertai AFP pada 2004, beliau bertugas sebagai editor untuk perkhidmatan grafik bahasa Sepanyol, editor kanan di meja berita Amerika Latin di Montevideo dan wartawan di Sao Paulo, Brazil. Beliau menyertai pasukan pengesahan digital pada 2019.

Miguel Bravo, Penyelarasan Editorial Bahasa Sepanyol, Mexico

Miguel Bravo ialah penyelaras editorial untuk pasukan Sepanyol yang berpangkalan di Mexico City. Beliau telah membongkar maklumat salah untuk AFP sejak 2019. Sebelum itu, beliau bekerja sebagai wartawan untuk beberapa media di Mexico, dengan kepakaran dalam bidang kerajaan, kesihatan dan ekonomi.

Maria Clara Pestre, Penyelaras Editorial Portugis, Brazil

Maria Clara Pestre ialah penyelaras editorial untuk pasukan berbahasa Portugis, berpangkalan di Rio de Janeiro. Beliau telah membongkar maklumat salah untuk AFP sejak 2019, bermula sebagai pemeriksa fakta dan kemudian sebagai editor. Sebelum itu, beliau bekerja di perkhidmatan Brazil Reuters dan di Globo.com.

Nadia Nasanovsky, Pengurus Latihan Digital untuk Amerika Latin, Uruguay

Nadia Nasanovsky mengetuai program latihan kewartawanan digital AFP di Amerika Latin. Beliau menyertai AFP pada 2019 sebagai wartawan penyiasatan digital di Buenos Aires. Sebelum menyertai AFP, beliau bekerja sebagai pemeriksa fakta dan wartawan untuk beberapa saluran media Argentina.

Magdalena Advis, Wartawan, Chile

Magdalena Advis ialah editor bagi pasukan Amerika Latin. Beliau bekerja sebagai wartawan penyiasatan digital di Santiago. Sebelum menyertai AFP pada Februari 2023, beliau menyemak fakta fakta proses perlembagaan Chile (2021-2022) dan menyiasat tentang ketidaksamaan sosial.

Andrés Felipe Martínez, Editor, Colombia

Andrés Martínez ialah editor untuk pasukan bahasa Sepanyol. Beliau menyertai pasukan penyiasat digital AFP pada Ogos 2021. Sebelum itu beliau bekerja sebagai pemeriksa fakta untuk Colombiacheck, dan sebagai wartawan untuk El País de Cali.

Luiza Queiroz, Editor, Brazil

Luiza Queiroz ialah editor untuk pasukan berbahasa Portugis. Sebelum menyertai AFP sebagai pemeriksa fakta pada 2021, beliau membuat liputan politik untuk Estado de S. Paulo dan majalah Veja. Beliau mempunyai kepakaran dalam kewartawanan data.

Natalia Sanguino, Editor, Spain

Selepas beberapa tahun menjadi wartawan penyiasatan digital, Natalia Sanguino kini bertugas sebagau editor di Madrid. Beliau sudah bertugas untuk AFP lebih 15 tahun, dimana beliau pernah berkhidmat sebagai editor untuk pasukan multimedia Sepanyol, editor, grafik dan video bahasa Sepanyol.

Manuela Silva, Editor, Uruguay

Manuela Silva ialah editor bagi pasukan bahasa Sepanyol. Sebelum menyertai AFP pada 2021, beliau bekerja di sebuah agensi serantau dan projek semakan fakta kebangsaan.

Agustín Bagnasco, Wartawan, Argentina

Agustín Bagnasco ialah wartawan penyiasat digital di Buenos Aires. Beliau menyertai AFP pada Mac 2024 selepas bekerja sebagai penerbit di saluran televisyen Telefe.

Sofia Barragán, Wartawan, Argentina

Sofía Barragán ialah wartawan penyiasatan digital di Buenos Aires. Sebelum menyertai AFP pada Julai 2023, beliau bekerja sebagai penulis SEO di Ámbito Financiero.

Carla Díaz, Wartawan, Peru

Carla Díaz ialah seorang wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Lima. Sebelum menyertai AFP pada 2023, beliau bekerja sebagai pengesah data dan penyelidik isu jantina dan hak asasi manusia. Beliau pernah bekerja untuk pelbagai organisasi kewartawanan di Peru.

Lucía Díaz, Wartawan, Spain

Lucía Díaz ialah seorang wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Madrid. Sebelum menyertai AFP pada Jun 2024, beliau bekerja sebagai pemeriksa fakta di Newtral (Sepanyol), melapor tentang isu politik dan sosial. Dia juga bekerja untuk akhbar tempatan.

Maximiliano Echegoyen, Wartawan, Chile

Maximiliano Echegoyen ialah wartawan penyiasat digital di Santiago. Beliau menyertai AFP pada 2025 selepas bekerja sebagai pemeriksa fakta untuk Fast Check CL.

Lizeth Roman Mescua, Wartawan, Peru

Lizeth Roman Mescua ialah wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Lima. Sebelum menyertai AFP pada 2026, beliau bekerja sebagai pemeriksa fakta di akhbar Peru La República, di mana beliau membuat liputan proses pilihan raya, hak asasi manusia, isu iklim dan kesihatan.

Cristina Alonso Pascual, Wartawan, Sepanyol

Cristina Alonso Pascual ialah wartawan penyiasatan digital yang berpangkalan di Madrid. Sebelum menyertai AFP pada 2025, beliau bekerja dalam jabatan penyemakan fakta politik di Newtral dan pernah menjadi koresponden untuk Agencia EFE di London.

Marisha Goldhamer, Ketua Penyiasatan Digital untuk Amerika Utara, USA

Marisha Goldhamer mengetuai pasukan penyiasatan digital Amerika dan Kanada. Marisha menyertai AFP pada 2003, bertugas di meja multimedia dan media sosial.

Bill McCarthy, Wartawan, USA

Bill McCarthy melaporkan maklumat salah/palsu di Amerika Syarikat. Beliau menyertai AFP pada 2022 selepas bekerja sebagai wartawan untuk PolitiFact, di mana beliau membuat liputan media dan politik AS, maklumat salah/palsu  atas talian dan memimpin penyemakan fakta kenyataan pakar politik.

Gwen Roley, Wartawan, Kanada

Gwen Roley menafikan maklumat salah/palsu di Kanada mengenai pelbagai topik. Beliau menyertai AFP pada 2023 selepas bekerja sebagai wartawan dan penyelidik di AS dan Kanada.

Julie Jammot, Ketua Penyiasatan Digital untuk Eropah, Perancis

Julie Jammot mengetuai pasukan penyiasatan digital Eropah. Beliau menyertai AFP sebagai wartawan video di London pada 2010, kemudian berpindah ke Johannesburg untuk mengetuai pasukan video Afrika Selatan. Beliau kemudiannya menjadi koresponden teknologi di San Francisco, membuat liputan mengenai media sosial dan AI, sebelum memegang jawatan beliau sekarang.  

Rachel Blundy, Timbalan Ketua Penyiasatan Digital untuk Eropah, United Kingdom

Rachel Blundy ialah timbalan ketua penyiasatan digital untuk pasukan Eropah. Beliau sebelum ini mengetuai pasukan penyiasatan digital Asia-Pasifik. Sebelum menyertai AFP pada 2019, beliau bekerja untuk pelbagai organisasi media di Hong Kong dan United Kingdom.

Lavinia Abbott, Editor, United Kingdom

Lavinia Abbott ialah editor untuk pasukan Eropah. Beliau menyertai AFP pada 2022 sebagai penerbit video sebelum berpindah ke pasukan penyiasatan digital pada 2025. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai pembuat filem dan penerbit.

Michelle Fitzpatrick, Editor, Germany

Michelle Fitzpatrick ialah editor untuk pasukan Eropah. Beliau telah bersama AFP sejak 2006. Sebelum menyertai pasukan pemeriksa fakta pada 2024, beliau bekerja sebagai wartawan di Frankfurt dan juga pernah bekerja untuk AFP di Paris, Phnom Penh dan London.

Sonia González, Editor, Sepanyol

Sonia González ialah editor untuk pasukan Eropah. Sebelum menyertai pasukan penyiasatan digital bahasa Sepanyol pada 2019, beliau bertugas di meja berita rantau AFP, perkhidmatan grafik dan perkhidmatan dalam talian di Madrid, Montevideo dan Paris.

Eric Lagneau, Editor, France

Eric Lagneau ialah editor untuk pasukan Eropah. Beliau menyertai AFP pada tahun 1995 dan bekerja dalam pelbagai peranan di ibu pejabat Paris, termasuk liputan sukan dan politik.

Simon Morgan, Editor, Perancis

Simon Morgan ialah editor untuk pasukan Eropah. Beliau menyertai AFP pada 1998 dan pernah bertugas sebagai wartawan di Frankfurt dan Vienna. Beliau berpindah ke meja berita di Paris pada 2017 dan menyertai pasukan penyiasatan digital pada 2022.

Katarina Subasic, Editor, Serbia

Katarina Subasic menyertai pasukan pengesahan digital pada 2020 sebagai penyemak fakta meliputi Serbia, Croatia, Montenegro serta Bosnia dan Herzegovina sebelum menjadi editor pada 2023. Beliau mula bertugas di AFP pada 1998 sebagai wartawan dan editor yang membuat liputan di Serbia dan Balkan Barat.

Katharina Zwins, Editor, Austria

Katharina Zwins ialah editor untuk pasukan berbahasa Jerman. Sebelum menyertai AFP pada 2023, beliau berlatih sebagai peguam dan juga bekerja untuk profil majalah berita Austria, di mana beliau mengasaskan bersama projek semakan fakta faktiv.

Bozhidar Angueloff, Wartawan, Bulgaria

Bozhidar Angueloff melaporkan tentang maklumat salah/palsu di Bulgaria. Sebelum menyertai AFP pada 2025, beliau bekerja untuk pelbagai media Bulgaria, termasuk organisasi pemeriksa fakta Factcheck.bg.

Rossen Bossev, Wartawan, Austria

Rossen Bossev melaporkan maklumat salah/palsu di Bulgaria. Sebelum menyertai AFP pada 2021, beliau bertugas selama 15 tahun sebagai wartawan di Capital, membuat liputan mengenai badan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan hak asasi manusia.

Paula Căbescu, Wartawan, Austria

Paula Căbescu melaporkan maklumat salah/palsu di Romania. Sebelum menyertai AFP pada 2021, beliau bertugas di Factual sebuah laman web semakan fakta di Romania dan untuk projek penyiasatan kewartawanan Să Fie Lumină.

Elena Crisan, Wartawan, Austria

Elena Crisan melaporkan maklumat salah/palsu di Jerman, Austria dan Switzerland. Sebelum menyertai AFP pada 2024, dia bekerja sebagai editor di profil mingguan Austria.

Maja Czarnecka, Wartawan, Poland

Maja Czarnecka melaporkan maklumat salah/palsu di Poland. Sebelum menyertai pasukan pengesahan digital pada 2019, beliau bertugas sebagai wartawan teks dan video untuk AFP di Warsaw, membuat liputan politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Magdalini Gkogkou, Wartawan, Greece

Magdalini Gkogkou melaporkan tentang maklumat salah/palsu di Greece dan Cyprus. Sebelum menyertai pasukan penyiasat digital AFP pada 2024, beliau bekerja sebagai wartawan untuk kumpulan penerbitan digital 24Media dan sebagai penyumbang untuk kertas jalanan Greek Shedia.

Anna Hollingsworth, Wartawan, Finland

Anna Hollingsworth melaporkan maklumat salah/palsu di Finland. Sebelum menyertai AFP pada 2022, beliau pernah bertugas dalam peranan audience engagement di The Times dan Sunday Times di London, membuat liputan pelbagai topik termasuk kesihatan, perubahan sosial dan budaya.

Johanna Lehn, Wartawan, Jerman

Johanna Lehn melaporkan maklumat salah/palsu di Jerman, Austria dan Switzerland. Sebelum menyertai AFP pada 2023, beliau bekerja untuk Kieler Nachrichten yang merupakan sebahagian daripada Redaktionsnetzwerk Deutschland (RND).

Gabriela Lulić, Wartawan, Croatia

Gabriela Lulić membuat liputan mengenai maklumat salah/palsu di Croatia. Sebelum ini, beliau pernah bekerja untuk menangani penyebaran maklumat palsu semasa menjadi pelajar di Pusat Pengesahan Maklumat dan Ketahanan Sivik Universiti Dubrovnik.

Liesa Pauwels, Wartawan, Netherlands

Liesa Pauwels ialah wartawan yang membuat di  Belanda dan Belgium. Sebelum menyertai AFP pada 2024, beliau bekerja untuk projek semakan fakta pilihan raya EU 2024 serta beberapa saluran berita Eropah di Brussels.

Mina Pejakovic, Wartawan, Serbia

Mina Pejakovic melaporkan tentang maklumat salah/palsu di Serbia, Croatia, Montenegro dan Bosnia dan Herzegovina. Sebelum menyertai pasukan penyiasatan digital AFP pada 2024, beliau telah menjalani latihan dengan AFP sebagai wartawan berita, yang membuat liputan di seluruh Serbia dan Balkan Barat.

Katerina Santurova, Wartawan, Republik Czech

Katerina Santurova membuat liputan mengenai maklumat salah/palsu di Republik Czech. Sebelum menyertai pasukan penyiasatan digital AFP pada 2025, Katerina bekerja dalam bidang pendidikan antarabangsa dan pernah melaporkan berita untuk media antarabangsa dan Czech, termasuk Deutsche Presse-Agentur (dpa), Time Magazine, dan The Economist.

Eduard Starkbauer, Wartawan, Slovakia

Eduard Starkbauer melaporkan tentang maklumat salah/palsu di Slovakia. Sebelum menyertai AFP pada 2024, beliau bekerja sebagai wartawan untuk sme.sk dan refresher.sk.

Ede Záborszky, Wartawan, Austria

Ede Záborszky melaporkan maklumat salah/palsu di Hungary. Sebelum menyertai AFP pada 2024, beliau bertugas sebagai wartawan di sme.sk dan refresher.sk.

Cintia Nabi Cabral, Wartawan, Perancis

Cintia Nabi Cabral membuat liputan mengenai maklumat salah/palsu di Perancis. Beliau mula menyertai AFP pada 2024 di biro agensi itu di Abidjan. Sebelum itu, beliau bekerja untuk saluran TV Perancis TF1 dan menjadi hos podcast di Tama Média, di mana beliau memberi tumpuan kepada isu maklumat palsu di seluruh benua Afrika.

Gaëlle Geoffroy, Wartawan, Perancis

Gaëlle Geoffroy melaporkan maklumat salah/palsu di Perancis. Beliau menyertai AFP pada 2022 dan memainkan beberapa peranan di ibu pejabat di Paris, termasuk membuat liputan mengenai ekonomi, berita umum dan politik. Beliau turut pernah berkhidmat sebagai wartawan ekonomi di Washington, DC.

Camille Kauffmann, Wartawan, Perancis

Camille Kauffmann membuat liputan mengenai maklumat salah/palsu di Perancis. Beliau menyertai AFP pada 2021 dan telah memegang pelbagai peranan di Marseille, Strasbourg dan Berlin. Beliau juga menerbitkan podcast harian AFP dan membuat liputan mengenai media di ibu pejabat AFP di Paris.

Pierre Moutot, Wartawan, Perancis

Pierre Moutot menyertai AFP pada 2023. Beliau telah bekerja di beberapa meja berita di ibu pejabat Paris, melaporkan tentang isu-isu pekerja dan undang-undang. Beliau juga menghasilkan episod untuk podcast AFP dan bekerja di pejabat wilayah di utara Perancis dan Brittany. Beliau membuat liputan mengenai maklumat salah/palsu di Perancis.

Alexis Orsini, Wartawan, Perancis

Alexis Orsini melaporkan maklumat salah/palsu di Perancis. Sebelum menyertai AFP pada 2022, beliau bertugas sebagai penyemak fakta untuk akhbar 20 Minutes.

Walaupun kami berusaha untuk bersikap setelus mungkin tentang kakitangan kami, wartawan berhadapan bahaya lebih besar di sesetengah negara dan keadaan daripada tempat lainnya. Atas sebab itu, beberapa nama wartawan dalam pasukan di Timur Tengah tidak disebutkan di bawah untuk melindungi keselamatan mereka.

Josette Abi Tamer, Ketua Penyiasatan Digital untuk MENA, Lubnan

Josette Abi Tamer mengetuai pasukan penyiasatan digital AFP untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sebelum menyertai pasukan itu pada 2019, beliau bekerja sebagai penyunting kanan di beberapa media terkemuka Lubnan dan Arab. Beliau juga seorang jurulatih dan pensyarah berpengalaman dalam bidang tersebut.

Stéphanie Youssef, Editor, Cyprus

Stéphanie Youssef menyelia akaun media sosial AFP dalam bahasa Arab dan bekerja sebagai editor penyiasatan digital untuk rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Sebelum menyertai AFP pada 2019, beliau bekerja sebagai penyunting berita dan media sosial di stesen TV LBCI di Lubnan.