Tentang AFP

AFP Fact Check ialah jabatan dalam Agence France-Presse (AFP), sebuah agensi berita berbilang bahasa, berbilang budaya yang misinya adalah untuk menyediakan liputan berita yang tepat, seimbang dan tidak berat sebelah di mana-mana dan bila-bila masa ia berlaku di dunia secara berterusan. Seperti yang dijamin oleh statut penubuhannya, AFP berhubung dengan suara bebas yang bebas daripada pengaruh politik, komersial atau ideologi. Komitmen ini dicerminkan dalam Piagam AFP dan piawaian editorial, yang diperincikan di sini.

Pengurusan dan tadbir urus

AFP mempunyai status unik di bawah undang-undang Perancis, yang memerlukan Agensi ini tidak sekali-kali menjejaskan ketepatan dan objektiviti maklumat yang diberikannya atau berada di bawah kawalan mana-mana kumpulan ideologi, politik atau ekonomi. Seperti yang diperincikan dalam statut asas AFP, sebuah badan pengawasan yang dikenali sebagai Majlis Tertinggi ditugaskan untuk memastikan kesinambungan Agensi dan memantau pematuhannya terhadap kewajipan asas ini.

AFP juga mempunyai Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab untuk pentadbiran Agensi dan memilih Ketua Pegawai Eksekutifnya. Lembaga termasuk Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Fabrice Fries, serta lima wakil daripada akhbar Perancis; tiga wakil kerajaan dari kementerian kebudayaan, kementerian luar negeri dan kementerian ekonomi Perancis; dua ahli dari sektor audio-visual Perancis; tiga ahli yang dipilih oleh kakitangan AFP; dan lima pakar luar yang dipilih oleh Majlis Tertinggi Agensi.

Penyata tahunan ramalan pendapatan dan perbelanjaan AFP disemak oleh Suruhanjaya Kewangan yang bertanggungjawab untuk menyemak sama ada angka yang diunjurkan boleh dijangka menghasilkan belanjawan yang seimbang.

Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Lembaga Pengarah dan Suruhanjaya Kewangan disenaraikan di sini.

Jawatankuasa eksekutif AFP, yang menguruskan operasi harian agensi itu, diketuai oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (kini Fabrice Fries), Pengarah Berita Global (kini Phil Chetwynd) dan Pengarah Urusan (kini Philippe Onillon). Carta organisasi penuh jawatankuasa eksekutif boleh didapati di sini.

Kepimpinan editorial

Liputan editorial AFP diketuai oleh Pengarah Berita Global Phil Chetwynd, Ketua Editor Global Mehdi Lebouachera dan Timbalan Ketua Editor Global Jennie Matthew.

Semakan fakta di AFP diawasi oleh ketua pengarang penyiasatan digital yang berpangkalan di ibu pejabat agensi itu di Paris, dengan pengarang serantau di Beirut, Hong Kong, Johannesburg, Montevideo dan Washington DC. Mereka termasuk:

Ketua Pengarang Siasatan Digital Global: Julie Charpentrat

Timbalan Ketua Editor: Nina Lamparski dan Cédric Simon

Ketua serantau: Daniel Funke (Asia Pasifik), Anella Reta (Amerika Latin), Brett Horner (Afrika), Juliette Montesse (Eropah), Khaled Soubeih (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan Marisha Goldhamer (AS dan Kanada).

Ketahui lebih lanjut tentang editor dan seluruh pasukan AFP Fact Check di sini.

Rakan kongsi dan pembiayaan

AFP menerima hasil daripada pelbagai sumber, seperti pelanggan media, platform dalam talian dan negeri Perancis. 

Pada 2023, AFP melaporkan perolehan sebanyak €320.1 juta. Dapatkan butiran lanjut di sini.

Di bawah ialah pecahan sumber pembiayaan utama AFP. AFP melaksanakan kebebasan editorial yang ketat apabila memenuhi syarat semua kontrak.

Pembiayaan negara Perancis

AFP mempunyai kontrak kewangan dengan negara Perancis yang dibahagikan antara kontrak komersial untuk membekalkan perkhidmatan AFP kepada jabatan dan misi kerajaan Perancis di luar negara, dan pampasan untuk kos misi Agensi untuk kepentingan awam. Ini diperincikan dalam statut 1957 yang menjamin kebebasan AFP daripada pengaruh kerajaan- atau pengaruh lain-lain.

Pelanggan media

AFP menerima hasil daripada beribu-ribu pelanggan media di seluruh dunia yang melanggan pelbagai wayar berita teks, multimedia, foto, video dan grafik AFP.

Contoh pelanggan di Eropah termasuk organisasi media seperti BBC, Brut, Deutsche Welle, France Télévisions, Funke Mediengruppe, Le Monde, Rai, Tamedia, The Times dan Unidad Editorial. Di benua Amerika, pelanggan wayar berita AFP antara lain termasuk Caracol TV, Infobae, El Comercio, The New York Times dan Radio-Canada. Al Jazeera, Al Arabiya, Al-Nahar dan Sky News Arabia adalah contoh pelanggan di rantau Timur Tengah, manakala Radiodiffusion Télévision Ivoirienne, Nation Media Group dan Arise News ialah beberapa daripada pelanggan AFP di Afrika. Di Asia-Pasifik, pelanggan media AFP antara lain termasuk South China Morning Post, SPH Media, Mediacorp, The Times of India, NHK dan News Corp.

Google

Pada akhir 2021, AFP menandatangani perjanjian neighbouring rights selama lima tahun dengan Google. Dalam perjanjian tersebut, syarikat gergasi internet itu membayar penggunaan kandungan daripada AFP.  

AFP juga menandatangani dua lagi perjanjian dengan Google selama lima tahun. Satu perjanjian membiayai pembangunan “cerita mudah alih (mobile)” – format visual menegak untuk telefon pintar – manakala perjanjian lain adalah kontrak untuk melatih wartawan dan pelajar kewartawanan di seluruh dunia dalam teknik penyiasatan digital. 

Bagi perjanjian kedua, AFP telah mencipta kursus dalam talian mengenai penyiasatan digital untuk wartawan dan telah memuat naik video tutorial pendek untuk berkongsi petua penyiasatan dalam talian. Sebagai sebahagian daripada kerja ini dengan Google News Initiatives, AFP turut menghasilkan laporan semakan fakta dan kerja media kolaboratif yang memfokuskan pada memerangi maklumat salah (misinformation) sekitar Pilihan Raya Perancis 2022.

Medialab APF juga menerima anugerah ENGAGE fund melalui Dana Semakan Fakta Global IFCN yang dibiayai oleh Google dan YouTube pada 2023 bagi tujuan mengarkibkan laman web dengan rakan kongsi global yang lain.

Meta

AFP mempunyai perjanjian komersial dengan Meta melalui program Penyemakan Fakta Pihak Ketiga, di mana Meta membayar untuk menggunakan laporan semakan fakta oleh AFP di platform media sosialnya. Sebagai rakan kongsi, pasukan semakan fakta AFP menyiasat kandungan yang berpotensi palsu atau mengelirukan yang ditandakan di Facebook dan Instagram.

AFP juga bekerjasama dengan WhatsApp, yang dimiliki Meta, melalui talian petua (tipline) untuk memerangi maklumat palsu (disinformation) dalam talian di Brazil, Mexico, Amerika Syarikat (dalam bahasa Sepanyol), Perancis, Jerman dan India.

TikTok

AFP, bersama dengan lebih daripada sejumlah- organisasi semakan fakta, di beberapa negara di Asia dan Oceania, Eropah, Timur Tengah dan negara-negara Amerika Latin yang berbahasa Sepanyol dibayar oleh TikTok untuk mengesahkan bagi pengendali dalaman video yang berpotensi mengandungi maklumat palsu.

Projek Eropah

Sejak 2021, AFP memantapkan penglibatannya dalam projek kerjasama antara media Eropah, penyelidik dan pakar lain yang dibiayai bersama oleh Suruhanjaya Eropah dan institusi Eropah yang lain untuk memerangi maklumat palsu (disinformation). Secara khususnya, AFP menerima pembiayaan Kesatuan Eropah untuk penglibatannya dalam beberapa hab semakan fakta dan penyelidikan milik rangkaian European Digital Media Observatory (EDMO): DE FACTO, CEDMO, EDMO BELUX, Lakmusz-HDMO, GADMO, BROD, ADMO, dan MedMO.

EDMO map

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

AFP juga bersama mengasaskan EFCN dalam konteks projek Eropah. Rangkaian European Fact-Checking Standards Network (EFCSN) kini merupakan organisasi semakan fakta yang bebas dan komited terhadap piawaian kebebasan, ketelusan dan kualiti kewartawanan yang digariskan dalam Kod Piawaian Eropah untuk Organisasi Penyemakan Fakta Bebas.

Factstory

Factstory ialah anak syarikat AFP yang menyediakan kandungan yang ditempah khas untuk pelbagai syarikat dan institusi. Ia beroperasi sebagai entiti berasingan daripada AFP, syarikat induknya, dan pengeluarannya berjenama Factstory.

Maklumat perundangan

Agence France-Presse ialah entiti awam berautonomi yang beroperasi mengikut peraturan komersial. Ia didaftarkan dalam Daftar Perdagangan dan Syarikat Paris di bawah nombor 775 658 354.