Siaran berkongsi tuntutan palsu tentang 'permohonan lesen memandu percuma'

Hak cipta AFP 2017-2022. Semua hak cipta terpelihara.

Siaran palsu yang dikongsi berulang kali di Facebook mendakwa rakyat Malaysia boleh memohon "lesen memandu percuma". Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata iklan itu dibuat oleh sindiket penipuan dengan menggunakan gambar Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. JPJ juga menggesa orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat peribadi melalui pautan dalam siaran tersebut.

Siaran palsu itu telah dikongsi di sini di Facebook pada 27 September 2022.

Kapsyen catatan itu berbunyi: "Last Call ! Mohon sekarang bantuan lesen percuma untuk semua golongan ini.

"Masih terdapat banyak kekosongan dan permohonan akan ditutup hujung bulan ini."

Kapsyen itu mengikutsertakan pautan ke satu catatan blog, dimana gambar lakaran kecil menampilkan foto Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan teks berbunyi: "PANGGILAN AKHIR / BANTUAN LESEN MEMANDU / SEMUA GOLONGAN / MASIH BANYAK KEKOSONGAN".

Tangkapan skrin siaran mengelirukan, diambil pada 14 Oktober 2022

Umur minimum untuk mendapatkan lesen ialah 16 tahun untuk motosikal dan 17 tahun untuk kereta.

Dalam laman webnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata ia tidak menetapkan harga untuk pelajaran memandu.

"Sebagai calon belajar memandu, adalah tangggungjawab calon supaya membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di beberapa buah Institut Memandu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk belajar memandu di sesebuah Institut Memandu," kata jabatan itu.

Tuntutan itu telah dikongsi lebih daripada 250 kali selepas tersebar dalam catatan di Facebook di sini, di sini, di sini dan di sini.

Bagaimanapun, siaran itu adalah satu penipuan, menurut Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Siaran itu berkongsi pautan catatan blog ini, yang menyediakan lebih banyak maklumat kononnya tentang "proses permohonan", termasuk syarat kelayakan.

Walau bagaimanapun, di bawah bahagian berlabel "Cara Membuat Permohonan", perenggan di bawah berbunyi: "Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa."

Ia menggambarkan inisiatif yang dikatakan sebagai "Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)".

Ismail Sabri melancarkan inisiatif Bantuan Lesen Keluarga Malaysia pada 13 Mac 2022.

Bagaimanapun, menurut dokumen ini, yang dimuat naikkan di laman web JPJ, inisiatif itu hanya menyasarkan kumpulan B40 untuk memohon lesen memandu kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250 cc).

Iklan palsu

Sebagai tindak balas kepada catatan palsu itu, JPJ berkata ia tidak mengetepikan yuran lesen memandu.

JPJ mengeluarkan satu kenyataan di halaman Facebook rasminya di sini pada 28 September 2022, yang antaranya berbunyi: "Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menerima laporan berkaitan iklan Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan, melalui aplikasi Whatsapp.

"Menerusi iklan yang telah menyalahgunakan gambar YAB Perdana Menteri Malaysia itu, sindiket berkenaan mempromosikan lesen memandu percuma yang boleh didaftarkan, melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/.

"Bukan itu sahaja, orang ramai turut dipelawa untuk menyertai ‘group whatsapp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa.

"JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan tersebut adalah PALSU."

JPJ berkata ia akan membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan SKMM.