Islam terletak di tempat kedua kepada agama Kristian dalam penganggaran agama dunia dengan paling banyak penganut

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Isnin 09/12/2019 pukul 06:05
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Sebuah pos Facebook pada Oktober 2019 telah mendakwa bahawa Islam merupakan agama dengan penganut yang paling banyak di dunia. Pos tersebut telah dikongsi puluhan ribu kali. Tetapi, menurut beberapa sumber, Islam terletak di tempat kedua selepas agama Kristian dalam penganggaran agama dunia dengan paling banyak penganut.

Pos Facebook telah diterbitkan di sini pada 6 Oktober 2019.

Ia mengandungi kartun yang menunjukkan orang Islam berdoa. Kapsyennya menyatakan: “Tahukah Kamu? Hari ini, ISLAM adalah agama nombor satu dengan jumlah pemeluk terbanyak di dunia. Allahu Akbar!!!”

Ia telah dikongsi melebihi 35,000 kali.

Di bawah adalah tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu: 

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Pos itu mengelirukan. Sebenarnya, agama Kristian mempunyai paling ramai penganut daripada semua agama di dunia, menurut beberapa sumber kerajaan dan akademik.

Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, yang menerbitkan statistiks demografik global dan national, telah menyenaraikan agama Kristian sebagai agama yang paling besar di dunia pada 2018. Di laman sesawangnya di sini, ia menyatakan bahawa 31.4 peratus daripada populasi dunia adalah Kristian, dan 23.2 peratus adalah Muslim.

Di bawah adalah tangkapan skrin data CIA dengan statistik tersebut ditandakan dalam warna merah oleh AFP:

Image
Tangkapan skrin laman web CIA

Forum Ekonomik Dunia (WEF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pembangunan antarabangsa yang berpusat di Geneva, juga telah mendapati di dalam repotnya pada Mac 2019 bahawa agama Kristian masih agama yang paling besar dari segi populasi. Dengan memetik anggaran daripada Pangkalan Data Agama Dunia (WRD), WEF melaporkan di sini bahawa 32.8 peratus populasi dunia adalah Kristian manakala 22.5 peratus adalah Muslim.

Berikutnya tangkapan skrin repot WEF yang menganalisa afiliasi agama berdasarkan negara:

Image
Tangkapan skrin repot WEF

Pusat Penyelidikan Pew juga mendapati di sini bahawa agama Kristian kekal agama terbesar di dunia. Badan pemikir Amerika Syarikat itu melaporkan pada 2015, 31.2 peratus populasi dunia atau 2.3 bilion orang seluruh dunia adalah Kristian, manakala 24.1 peratus atau 1.8 bilion orang adalah Muslim.

Di bawah adalah tangkapan skrin angka dari Pew:

Image
Tangkapan skrin laman web Pew

Namun begitu, Pew  menyatakan bahawa walaupun agama Kristian kekal agama terbesar di dunia, Islam merupakan agama yang paling cepat berkembang. 

Repot Pew menyatakan: “Peningkatan secara asli ini berpunca daripada kesuburan tinggi Muslim dan konsentrasi populasi Muslim di dalam kumpulan umur yang lebih muda, yang mempunyai kadar kematian yang lebih rendah.”

Organisasi itu menjangka di sini bahawa Islam akan mengambil alih posisi agama Kristian sebagai agama terbesar di dunia dengan anggaran populasi pada 2070. Walau bagaimanapun, Pew menekan bahawa unjuran tersebut berdasarkan penerusan kadar kelahiran, kadar kematian dan trend afiliasi agama, kesemuanya berkemungkinan berubah di dekad yang akan datang.

Berikutnya tangkapan skrin unjuran Pew:

Image
Tangkapan skrin unjuran Pew

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami