Gambar ini menunjukkan baka babi Hungary yang berambut kerinting

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Satu imej yang telah dikongsi berulang kali di beberapa pos Facebook dan Twitter bersama-sama sebuah dakwaan bahawa ia menunjukkan seekor babi yang dibiak dengan kambing biri-biri untuk mengelirukan umat Islam untuk makan daging babi yang tidak dibenarkan dalam ajaran Islam. Pos itu juga menyatakan bahawa pembiakan itu dibantu dengan teknologi baru daripada Austria. Dakwaan itu tidak benar. Imej itu menunjukkan babi Mangalica, sejenis baka Hungary yang telah dibiak di abad ke-19 dengan pembiakbakaan kacuk pelbagai jenis babi yang berbeza.

Imej tersebut telah diterbitkan di Facebook di sini pada 15 Februari 2015 dan menunjukkan tiga ekor babi yang mempunyai bulu kerinting macam kambing biri-biri. Ia dikongsikan melebihi 64,000 kali.

Di bawah adalah tangkapan skrin pos yang mengelirukan:

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Kapsyennya menyatakan: “Babi Mangglitsa adalah teknologi baru Austria kacukan babi dgn biri biri,tujuan untuk mengelirukan umat islam supaya mkn babi yg disangka daging biri biri dibuang kepala selepas di sembelih.tlg share untuk kepentingan umat Islam.”

Ia juga dikongsi di Facebook di sini dan di Twitter di sini.

Imej yang sama juga dikongsi dalam bahasa Indonesia dengan dakwaan yang sama di Facebook di sini, sini dan sini; dan Twitter di sini.

Dakwaan itu palsu. Gambar itu menunjukkan babi Mangalica, sejenis baka Hungary yang  pertama sekali dibiak di abad ke-19 melalui proces pembiakbakaan kacuk dengan pelbagai jenis babi yang berbeza.

Carian imej terbalik Google mendapati bahawa gambar di dalam pos Facebook yang mengelirukan telah dipaparkan dalam pelbagai laporan tentang Mangalica, yang juga dikenali sebagai Mangalitsa.

Gambar yang sama telah diterbitkan di sini oleh laman web pengguna Amerika Syarikat The Food Channel di dalam sebuah artikel yang berjudul: “Tonton Trend: Cef Pandang Tinggi Babi Mangalitsa.”

Di bawah adalah tangkapan skrin repot The Food Channel itu:

Tangkapan skrin artikel The Food Channel

The Pig Site, sebuah terbitan penternakan babi dari United Kingdom, membuat nota di dalam repot ini bahawa babi Mangalica telah mula-mula dibiakkan pada tahun 1830-an dengan pembiakbakaan kacuk antara baka Hungary dan Serbia.

Di bawah adalah tangkapan skrin artikel tersebut:

Tangkapan skrin artikel The Pig Site

AFP juga telah melaporkan di sini bahawa “binatang itu sebenarnya separuh babi liar, di mana ianya mempunyai rambut yang kasar yang melindunginya daripada panas dan sejuk”.

Di bawah adalah tangkapan skrin gambar AFP, yang juga boleh dilihat di sini, akan seekor babi Mangalica:

Foto AFP menunjukkan babi Mangalica

Kapsyen foto menyatakan: “Seekor Mangalica, baka babi domestik Hungary, dirakamkan di sebuah ladang babi, pembekal kedai makan Sibilia di Lyon, di La Chapelle du Bard, timur Perancis, pada 27 September 2018.”