
Dakwaan yang mengelirukan bahawa Google dan Apple mengeluarkan label untuk Palestin dari peta
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari 10/08/2020 jam 10:50
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Australia, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Dakwaan itu diterbitkan di sini di Facebook pada 6 Ogos 2020.
Catatan Facebook tersebut memuat naikkan tangkapan skrin hasil carian untuk “Palestine” yang tidak dilabelkan di atas peta itu.
Sebahagian kapsyennya menyatakan: “Dimanakah Palestine? Negara Palestine sudah di lenyapkan di peta dunia....”

Dakwaan yang serupa dikongsikan lebih daripada 3,700 kali setelah muncul di sini, sini dan sini di Facebook; serta di sini dan sini di Twitter.
Dakwaan tersebut juga disebarkan dalam talian di dalam bahasa Indonesia di sini dan sini.
Ia juga dikongsikan dalam bahasa Inggeris di sini dan sini di Facebook, di sini dan sini di Instagram, serta di sini dan sini di Twitter.
Ia juga muncul dalam bahasa Perancis dan bahasa Portugis.
Namun begitu, dakwaan tersebut mengelirukan.
Dalam balasannya kepada catatan itu, seorang jurucakap Google memberitahu AFP melalui e-mel pada 20 Julai 2020 bahawa ia tidak membuat perubahan pada sempadan atau wilayah di kawasan tersebut baru-baru ini dan sebelum ini tidak pernah menggunakan label untuk Palestin di Google Maps.
Jurucakap tersebut mengarahkan AFP kepada dua artikel media daripada tahun 2016; laporan ini oleh laman web teknologi Engadget dan laporan ini oleh surat khabar Perancis Le Monde. Google telah dipetik di dalam kedua-dua artikel itu mengatakan Palestin tidak pernah wujud sebagai label pada servis pemetaannya.
Christine Leuenberger, pensyarah kanan Universiti Cornell yang pakar dalam sejarah dan sosiologi kartografi di Wilayah Israel dan Palestin, memberitahu AFP melalui e-mel pada 21 Julai 2020 bahawa “perkataan Palestin tidak akan pernah muncul di peta-peta ini – paling biasa istilah Tebing Barat dan Gaza.”
“Pada peta-peta, nama ‘Palestin’ biasanya dikaitkan dengan Palestin lama sebelum penubuhan negara Israel dan tidak digunakan di saluran berita arus perdana di Barat,” kata Leuenberger.
“Biasanya wilayah-wilayah Palestin ditandakan melalui penggambaran garis sempadan putus, yang membawa konotasi wilayah yang dipertikaikan dan wilayah-wilayah (Gaza dan Tebing Barat) kekal tanpa nama. Sebagai alternatif, wilayah-wilayah tersebut diwakili dengan garis sempadan putus dan juga dilabel ‘Tebing Barat’ dan ‘Gaza’.”
Apple tidak menjawab permintaan untuk memberi komen.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami