Batu gergasi di Saudi Arabia ini tidak terapung di udara

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Selasa 13/08/2019 pukul 09:05
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Malaysia, AFP Nigeria
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gambar yang didakwa menunjukkan batu terapung di udara tersebar di media sosial. Sebenarnya, batu itu tidak terapung sama sekali. Bertempat di Arab Saudi, batu itu melekat pada tanah, seperti yang dilihat di Google Maps, gambar-gambar dan video-video di Internet. Jelasnya, gambar mengelirukan itu hasil manipulasi. 

Salah satunya adalah pos Facebook ini pada 20 April 2013 yang dikongsi 29,000 kali.

Berikutnya adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Dua ayat pertama pada kapsyen yang  panjang itu menyatakan: “Ini foto AL_AQSA [yg sebenarnya bukan bohongan atau hasil rekaan] di Jerusalem, Subhanallah ...... Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel laknatullah yg menjaga tempatnya dengan sangat ketat.”

Tidak hanya di Malaysia, gambar batu terapung di udara itu juga menjadi bahan perbualan di Indonesia dan Nigeria.

AFP Nigeria menemui gambar itu pada pos Facebook ini yang bertarikh 5 Julai 2017 yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Okekunle Isaac Adewale. 

Imej tersebut, dengan teks yang memanggil objek ini sebagai "Batu Terapung" di Jerusalem telahpun dikongsi 5,600 kali melalui pos ini.

Berikutnya adalah tangkapan skrin pos dari Nigeria yang mengelirukan: 

Image
Tangkapan skrin pos Facebook dari Nigeria yang mengelirukan, diambil pada 26 Julai 2019

Carian imej terbalik Google untuk gambar, telah mendapati lebih banyak lagi gambar yang mendakwa ia menunjukkan batu terapung di Jerusalem ataupun Arab Saudi. Sesetengah pos adalah dalam format meme, mengandungi teks yang sama dengan versi yang dikongsi oleh Adewale.

Pasukan semakan fakta AFP untuk kawasan Timur Tengah telah menemui batu itu di kampung Al Twaitheer di Al Ahsa, timur Arab Saudi. 

Ramai orang telah memuat naikkan gambar-gambar dan video keadaan batu itu iaitu ia sebenarnya melekat pada tanah menerusi “kaki” seperti pilar kecil.

Video dalam bahasa Arab ini menunjukkan beberapa sudut batu itu yang sememangnya melekat pada tanah. Ia sememangnya tempat yang sama dengan pos yang mengelirukan sebab dari sesetengah sudut, bangunan yang sama seperti di gambar mempunyai tingkap dengan petak yang sama.  

Gambar di dalam pos Facebook nampaknya telah dimanipulasikan untuk membuang susunan batu kecil yang telah melekatkan batu kepada tanah.

Satu lagi video menjelaskan dalam bahasa Arab bagaimana gambar palsu mungkin dicipta menggunakan Photoshop atau perisian penyunting foto yang lain. 

Batu di Arab Saudi ini boleh dijumpai di Google Maps.

Walaupun ia dipanggil “Batu Terapung” di peta itu, menerusi Street View batu itu kelihatan terlekat pada tanah.

Image
Tangkapan skrin dari Google Street View bertarikh 26 Julai 2019, yang menunjukkan batu itu terlekat pada tanah dan bangunan mempunyai tingkap dengan petak di belakangnya

Sesetengah imej yang dimuatnaik ke Google Maps telah diambil dari sudut yang menunjukkan bangunan yang sama dengan tingkap petak belakang batu itu, jelas meletakkannya di Al Twaitheer, Arab Saudi, dan bukan Jerusalem. 

Anda boleh ambil rombongan kecil ke tempat itu melalui Google Maps di sini.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami