Gambar-gambar ini menunjukkan seekor harimau kumbang melintas jalan di Malaysia -- pihak berkuasa tidak melaporkan bahawa terdapat sesiapa dibaham oleh harimau belang
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Rabu 31/07/2019 pukul 06:30
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Gambar-gambar telah dikongsi di pos Facebook ini yang diterbitkan pada 9 Julai 2019. Pos tersebut telah dikongsi lebih daripada 5,400 kali.
Kapsyen pos tersebut ditulis di dalam bahasa Inggeris dan Cina dan diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Lebuhraya KL ke Pahang. Hari ini di Kuala Lumpur. Menghala ke Kuantan. Di negeri Pahang. Tempat yang kecil dipanggil Temerloh. Harimau belang makan orang. Hari ini di Kuala Lumpur, di sepanjang jalan menuju ke Kuantan, Pahang, seorang lelaki telah dibaham harimau belang.”
Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:
Tiga gambar yang sama juga telah dikongsi di sini dalam Facebook dengan dakwaan yang sama.
Dakwaan ini tak benar; gambar-gambar menunjukkan seekor harimau kumbang; jabatan perlindungan hidupan liar tempatan berkata bahawa binatang itu hanyalah melintas jalan menuju ke hutan berdekatan.
Dalam emel kepada AFP mengenai gambar-gambar tersebut pada 15 Julai 2019, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menyatakan: “Hasil daripada siasatan pihak Jabatan Perhilitan, harimau tersebut hanyalah melintas lebuhraya tersebut untuk berpindah ke hutan bersebelahan.”
Carian imej terbalik menjumpai foto-foto yang sama, dengan penambahan dua lagi gambar, diterbitkan di sini di Facebook oleh pengguna lain pada 9 Julai 2019, beberapa jam sebelum pos yang mengelirukan itu.
Kapsyennya, ditulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, diterjemahkan sebagai: “Nasib baik atau tidak... jarang dijumpai dan terancam spesies harimau kumbang... tiba-tiba melintas lebuhraya (saya tak leh kongsi lokasi sebab memang betul pandangan insan-insan yang sayangkan spesies ini) Alhamdulillah dapat tangkap 3 gambar jarak jauh.. diharap harimau kumbang ini akan mencari habitat sebenarnya tidak lama lagi.... Ada sesiapa yang pernah terserempak jugak ke? Mungkin ada tapi tak sempat ambil gambar kan!!!”
Pengguna Facebook yang bernama Mohd Noor Mohd Arifin telah memberitahu AFP melalui Facebook Messenger pada 21 Julai 2019 bahawa dia telah mengambil gambar tersebut. Dia berkata bahawa dia tidak tahu terdapatnya kes di mana “harimau kumbang cuba menyerang manusia di Terengganu.”
“Saya sedang memandu kereta seperti biasa melalui lebuhraya dan tiba-tiba seekor harimau kumbang melintasnya dan sudah tentunya saya memperlahankan kereta dan mengawasnya,” katanya. “Selepas saya menyedari ianya tidak jauh kira-kira 30-50m dari kereta saya baru saya teringat untuk mengambil gambar!!! Tu aje.”
Suratkhabar tempatan Utusan Malaysia telah menerbitkan repot ini dengan gambar-gambar tersebut pada 9 Julai 2019 tentang terserempaknya harimau kumbang itu.
Tajuk repot itu: “Pengguna LPT2 terserempak harimau kumbang.”
Dua perenggan pertama menyatakan: “Seorang pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mendakwa terserempak dengan seekor harimau kumbang ketika melalui lebuh raya itu untuk ke Janda Baik di Pahang pagi ini.
“Perkara itu dikongsikan lelaki dikenali sebagai MNoor Arifin dalam laman Facebook miliknya sambil menyifatkan kejadian tersebut sebagai detik bersejarah apabila berpeluang melihat harimau kumbang yang merupakan spesis terancam.”
LPT2 merujuk kepada Lebuhraya Pantai Timur 2.
Janda Baik terletak di negeri Pahang.
Portal berita tempatan Sinar Harian juga telah menerbitkan repot ini mengenai gambar-gambar pada 9 Julai 2019.
Tajuk repot itu: “Perhilitan siasat tular harimau kumbang di LPT2.”
Polis tempatan dari balai polis Kuantan telah beritahu AFP dalam telefon pada 19 Julai 2019 bahawa “tiada repot” sesiapa yang dibaham oleh harimau belang.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami