Canadian singer Celine Dion performs on the opening night of her new world tour Courage at the Videotron Centre in Quebec City, Quebec, on September 18, 2019. (Photo by Alice Chiche / AFP) (AFP / Alice Chiche)

Celine Dion tidak mati di dalam nahas kapal terbang

Hak cipta AFP 2017-2022. Semua hak cipta terpelihara.

Sebuah laman web yang dicipta pada 2 November 2019 mendakwa bahawa Celine Dion, ikon muzik Kanada, telah maut dalam nahas kapal terbang, tanpa membekalkan sebarang maklumat. Ini adalah tidak benar. Agensi bakat beliau memberitahu AFP bahawa penyanyi itu hidup, dan laman web tersebut menggunakan sebuah video daripada CNN’s New Day yang telah diubah, walaupun saluran berita Amerika Syarikat itu tidak pernah melaporkan kematian Dion.

“Superstar dan penyanyi legenda Celine Dion meninggal pada 51 tahun,” merupakan tajuk yang telah dikongsi ratusan kali di Facebook. Bagi mereka yang klik pada pautan di dalam media sosial “newsfeed”, mereka akan diarahkan ke laman web di mana satu video seakan-akannya mengesahkan berita tersebut.

Walau bagaimanapun, video itu merupakan satu segmen berita daripada CNN bertajuk New Day yang telah dipotong dan diubah, dan hanyalah cukup panjang untuk hosnya berucap, “Kami mempunyai berita  yang sangat sedih untuk dilaporkan pada pagi ini, cukup menyayat hati dan memilukan.” Di bawah skrin tersebut, muncul satu banner yang palsu sekali lagi mengumumkan kematian Dion.

Video tersebut kemudiannya berhenti, dan jikalau ingin menonton lagi, pengguna dipaksa untuk mengongsi pautan di Facebook.

Tangkapan skrin repot tak benar di worldnews.hytactv.info

Repot tersebut “adalah tidak benar sama sekali”, seorang wakil daripada agensi bakat beliau memberitahu AFP.

Carian untuk perkataan-perkataan “Celine Dion dead” (Celine Dion mati) tidak mendatangkan sebarang hasil di dalam laman sesawang CNN. Video asal yang digunakan di dalam laman web yang mengelirukan itu merupakan sebuah segmen berita yang mengumumkan kematian cef dan TV personaliti Amerika Syarikat Anthony Bourdain pada 8 Jun 2018.

Klip yang sama boleh dilihat di sini pada repot khas CNN:

Walaupun laporan tidak benar ini dikongsi pada 4 November 2019, beliau yang sedang menjalani konsert jelajah dunia sehingga September 2020, telah bernyanyi di Little Caesars Arena, di Detroit, Michigan, pada malam 5 November 2019.

“Céline” membuat ciapan foto dirinya sendiri di konsert tersebut dan peminatnya mengongsi detik-detik dari konsert itu di Twitter dan Facebook.

Laman web yang mengongsi berita kematian beliau telah dicipta pada 2 November 2019 menurut alat pengenalan domain Whois. Ini biasanya merupakan sebuah petunjuk yang baik yang sebuah laman web berita tidak boleh dipercayai.

Penyanyi yang berusia 51 tahun itu telah mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan residensinya di Las Vegas setelah 16 tahun pada Jun 2019, dan memulakan konsert jelajah dunia untuk mempamerkan album terbarunya, “Courage”, di tempat lahirnya Quebec, Kanada, pada September 2019.