Siaran berkongsi dakwaan palsu tentang bantuan tunai bulanan untuk rakyat Malaysia

  • Diterbitkan pada hari Selasa 22/08/2023 pukul 10:24
  • Dikemas kini pada hari Selasa 22/08/2023 pukul 12:35
  • Durasi bacaan 2 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Beberapa siaran Facebook dan catatan blog berkongsi dakwaan palsu bahawa semua rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan bulanan sebanyak RM100, yang akan dikreditkan ke kad pengenalan MyKad. Kerajaan telah menolak dakwaan itu sebagai palsu -- ia hanya menyediakan tambahan elaun RM100 sebulan untuk mereka yang menerima bayaran keselamatan sosial, khusus untuk yang dianggap berada dalam kemiskinan tegar.

Tuntutan itu dikongsi di laman Facebook di sini dengan kira-kira 187,000 pengikut pada 29 Julai 2023.

Kapsyen catatan itu berbunyi: "Bantuan RM100 Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan untuk Rakyat Malaysia!"

Siaran itu juga berkongsi imej yang menunjukkan beberapa MyKad dan teks yang mengulangi tuntutan itu.

Image
Tangkapan skrin siaran mengelirukan, diambil pada 13 Ogos 2023

Imej yang sama juga muncul dalam artikel ini, diterbitkan di laman web yang dilihat di bahagian bawah imej.

Tuntutan serupa juga muncul di Facebook di sini, di sini dan di sini, dan dalam catatan blog di sini dan di sini.

Beberapa pengguna media sosial nampaknya percaya bahawa bantuan itu adalah untuk semua rakyat Malaysia.

"Cuma masok acount bank sekali senang rakyat," tulis satu pengguna.

"Mcm mana nak check," tanya seorang lagi.

Image
Tangkapan skrin komen pengguna Facebook

Bagaimanapun, dakwaan itu tak benar.

'Berita palsu'

Pada 28 Julai 2023, Kementerian Kewangan berkata dalam catatan yang disiarkan di laman Facebook rasminya bahawa tuntutan itu adalah palsu (pautan arkib).

"INI ADALAH PALSU!" tulis kapsyen siaran itu. "Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan RM100 Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan’ adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial."

Turut disertakan ialah gambar yang digunakan dalam siaran mengelirukan, dengan cop merah yang berbunyi: "PALSU".

Kerajaan menyediakan tambahan RM100 setiap bulan antara Julai dan Disember 2023 untuk warganegara Malaysia yang menerima bayaran keselamatan sosial, tetapi hanya mereka yang dianggap berada dalam "kemiskinan tegar" yang layak, menurut dokumen yang disiarkan di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (pautan arkib).

Penerima yang layak mesti mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM1,169 setiap bulan dan dianggap "miskin tegar" di bawah sistem bank data kemiskinan negara (pautan arkib).

Lebih 210,000 rakyat Malaysia akan menerima tambahan bantuan kewangan bulanan RM100 itu, menurut kenyataan yang disiarkan pada 16 Julai 2023 di laman Facebook Kementerian Kewangan (pautan arkib).

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami