Gambar-gambar lama dikongsi secara palsu setelah presiden Iran disahkan maut dalam nahas helikopter

Setelah Presiden Iran Ebrahim Raisi disahkan maut pada Mei 2024 selepas helikopternya terhempas ke lereng gunung, gambar-gambar yang sebenarnya menunjukkan kejadian helikopter yang berbeza telah beredar di media sosial sebagai nahas yang melibatkan pegawai Iran itu. Imej-imej itu diterbitkan dalam laporan berita Iran pada 2020 mengenai pesawat latihan polis yang terhempas di wilayah Mazandaran.

"Gambar | Dari bangkai helikopter presiden Iran dan delegasi yang mengiringi," kongi satu catatan di X pada 20 Mei 2024. 

Gambar-gambar itu menunjukkan perkerja penyelamat di dalam hutan bersebelahan serpihan sayap pesawat yang dicetakkan nombor "1136".

Image
Tangkapan skrin siaran palsu palsu, diambil pada 23 Mei 2024

Foto-foto itu turut dikongsi dengan tuntutan yang serupa di catatan Facebook ini dan ini, dan juga dalam siaran dari seluruh dunia, termasuk dalam bahasa Inggeris, bahasa Benggali, bahasa Burma, bahasa Yunani, dan bahasa Hindi

Catatan itu beredar selepas Tehran mengesahkan Presiden Ebrahim Raisi telah meninggal dunia pada 20 Mei 2024 setelah helikopternya terhempas ke lereng gunung terpencil dalam keadaan berkabus tebal. 

Antara lapan orang yang terbunuh dalam nahas helikopter di utara Iran itu ialah Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian, yang terkenal dengan sentimen anti-Israel yang kuat dan skeptikal terhadap Barat.

Walau bagaimanapun, gambar yang tersebar dalam talian itu tidak berkaitan.

Gambar lama

Carian kata kunci di Google menemui foto itu dalam siaran Instagram dari 23 April 2020 oleh Mizan, sebuah agensi berita berkaitan kehakiman Iran (pautan arkib).

Menurut catatan, serpihan itu ditemui di wilayah Mazandaran di utara Iran.

Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin foto yang dikongsi dalam siaran palsu di X (kiri) dan foto Mizan (kanan):

Image
Perbandingan tangkapan skrin foto yang dikongsi dalam siaran palsu di X (kiri) dan foto Mizan (kanan)
Image
Perbandingan tangkapan skrin foto yang dikongsi dalam siaran palsu di X (kiri) dan foto Mizan (kanan)

Foto serupa dipaparkan dalam laporan oleh agensi rasmi Iran Islamic Republic News Agency (IRNA) tentang pesawat latihan polis yang terhempas di Mazandaran akibat keadaan cuaca buruk (pautan arkib).

Laporan IRNA menunjukkan gambar sayap pesawat dengan nombor "1136" -- yang sepadan dengan nombor yang dilihat pada pesawat dalam gambar Mizan.

Image
Tangkapan skrin artikel berita IRNA, dengan nombor pesawat diserlahkan oleh AFP

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami