Siaran media sosial sasar PM Anwar Ibrahim dengan gambar dan dakwaan salah menantunya ‘warga Palestin’

Gambar seorang warganegara Palestin bersama seorang wanita Malaysia telah dikongsi dengan dakwaan palsu bahawa lelaki tersebut adalah menantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Namun, akhbar The New Straits Times, yang menerbitkan gambar tersebut, mengenal pasti pasangan itu sebagai Nurul Ain Haron dan suaminya yang telah di bawa keluar dari Gaza. 

"Aaaaaah! Baru kita tahu kenapa dia begitu berminat tetang kebajikan mereka. Menantu Anwar Ibrahim ialah orang Palestin," bunyi kapsyen siaran Facebook pada 26 Ogos 2024.

Gambar itu menunjukkan seorang wanita bertudung bersama seorang lelaki menolak troli penuh dengan bagasi.

Image
Tangkapan skrin palsu Facebook diambil pada 10 Oktober, 2024

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik bersama Israel, manakala Anwar juga mempertahankan hubungan antara Malaysia dengan Hamas. Hamas telah melancarkan serangan terhadap Israel pada 7 Oktober 2023 dan mencetuskan perang di Gaza.  

Seramai 1,206 orang, kebanyakannya orang awam, terkorban dalan serangan tersebut mengikut kiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel termasuk tebusan yang terkorban.   

Dalam 251 tebusan yang ditahan, 97 masih berada di Gaza, termasuk 34 orang terbunuh. 

Serangan balas Israel telah membunuh 42,000 orang di Gaza, kebanyakannya orang awam, menurut kementerian kesihatan di wilayah yang diperintah Hamas itu. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan angka itu sebagai boleh dipercayai. 

Gambar dengan dakwaan palsu yang sama turut dikongsi oleh akaun Facebook lain dan di TikTok.  Dakwaan palsu itu tersebar selepas Malaysia menerima 127 warga Palestin yang tercedera untuk mendapatkan rawatan perubatan (pautan arkib).

Pemindahan dari Gaza

Carian imej terbalik di Google mendapati gambar tersebut diterbit oleh akhbar The New Straits Times (NST) pada 14 Oktober 2023 (pautan arkib). 

Artikel itu melaporkan pertemuan semula yang penuh emosi antara Nurul Ain Haron bersama kelurganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dia dan suaminya Mohamed A.M Shaat, seorang rakyat Palestin, di bawa keluar dari Gaza.

Anwar pula mempunyai empat orang anak perempuan, namun tiada yang bernama Nurul Ain Haron. Nama anak perempuan beliau adalah Nurul Izzah Anwar, Nurul Ilham Anwar, Nurul Nuha Anwar and Nurul Hana Anwar. 

Akan tetapi, AFP tidak dapat mengesahkan sama ada antara mereka ada yang berkahwin dengan orang Palestin. 

Image
Perbandingan tangkapan skrin bagi siaran palsu (kiri) dan tangkapan skrin siaran akhbar dari The New Straits Times (kanan)

NST menerbit video yang menunjukkan pertemuan semula pasangan itu bersama keluarga Nurul Ain di KLIA (pautan arkib).

Akhbar itu turut menerbit semakan fakta yang menafikan sebarang hubungan antara pasangan itu dengan Anwar (pautan arkib).

"Tangkapan skrin ini menunjukkan rakyat Malaysia Nurul Ain Haron bersama suaminya Mohamed A.M. Shaat, seorang rakyat Palestin," kata akhbar itu.

Nurul Ain juga memuat naik satu video  pada 17 Ogos dimana dia menafikan dakwaan palsu itu dan berkata dia tidak ada hubungan kekeluargaan dengan Anwar (pautan arkib).

"Betul, ia adalah usaha sama perdana menteri dan agensi kerajaan untuk membawa saya keluar dari Gaza, tapi saya memang tak ada kena mengena dengan beliau," katanya dalam video tersebut.

"Jadi bagi mereka yang menabur fitnah itu, saya harap hentikanlah."

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami