Siaran palsu dakwa kerajaan salur bantuan e-wallet RM300 tular di media sosial

Kementerian Kewangan meminta orang ramai agar berwaspada dan jangan percaya siaran media sosial yang mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan RM300 melalui e-wallet. Ini kerana bantuan kewangan kerajaan hanya disalurkan melalui MyKad ataupun akaun bank. Siaran palsu yang disiarkan di Facebook pula berkongsi pautan laman web memancing data yang meminta pengguna memasukkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon. 

"Berikut Adalah Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet RM300 Untuk Semua Golongan Yang Akan Disalurkan Setiap Bulan Tahun 2025 Ini. Semak Sekarang!" bunyi siaran Facebook pada 10 Mei 2025. 

Turut disertakan dalam siaran itu adalah grafik dengan logo "Malaysia Madani" dan teks pelekat yang mengulangi siaran palsu tersebut. 

Image
Tangkapan skrin siaran palsu diambil pada 2 June 2025

Siaran palsu itu juga menyertakan pautan kepada laman web luar yang menyamar sebagai laman rasmi Touch 'n Go dimana pengguna diminta memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bagi "menyemak kelayakan" untuk menerima bantuan tersebut. 

Siaran serupa disiarkan  di Facebook.

Namun, kerajaan tidak mengumumkan bantuan kewangan yang akan disalurkan menggunakan kaedah e-wallet pada tahun ini. 

Dalam kenyataan di Facebook rasminya pada 4 Mei, Kementerian Kewangan berkata siaran yang tular di media sosial adalah "palsu" (pautan arkib).

"Tidak pasti, jangan klik dan elak jadi mangsa penipuan!"

Image
Tangkapan skrin siaran Facebook kementerian kewangan yang diambil pada 29 Mei 2025

Kerajaan mengumumkan dalam Belanjawan 2025 ia akan memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM13 billion untuk diagihkan kepada isi rumah miskin dan golongan miskin tegar (pautan arkib). 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada akaun bank penerima manakala Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan melalui MyKad agar penerima dapat membeli keperluan asas di kedai runcit berdaftar (pautan arkib). 

Untuk maklumat lanjut, Kementerian Kewangan meminta orang ramai mengikuti saluran rasmi Lembaga Hasi Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi menyemak kelayakan (pautan arkib). 

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami