
Siaran palsu dakwa pesawat jemaah haji Mauritania 'terhempas ke Laut Merah'
- Diterbitkan pada hari 13/06/2025 jam 09:58
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: Chayanit ITTHIPONGMAETEE, AFP Thailand
- Terjemahan dan adaptasi Raevathi SUPRAMANIAM , AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
"Jatuhnya pesawat yang membawa jemaah haji Mauritania dan wafatnya seluruh penumpang," bunyi siaran Facebook pada 3 Jun 2025.
Klip berdurasi 24 saat itu menunjukkan sebuah pesawat dikelilingi bot tenggelam ke bawah permukaan laut.

Siaran sama dikongsi di sini dan juga dalam bahasa Thai, Burma dan Arab. Video itu tular ketika berjuta umat Islam menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah (pautan arkib).
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan yang berkata pesawat yang membawa jemaah haji dari Mauritania terhempas pada Mei 2025.
Mauritania Airlines juga mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya pada 27 Mei menafikan video tersebut (pautan arkib).
Ia berkata: "Beberapa akaun media sosial luar negara menyiarkan berita berniat jahat dan tidak berasas dengan mendakwa pesawat yang membawa jemaah haji Mauritania terhempas ke laut."
Menurut kenyataan tersebut, tiga buah pesawah membawa jemaah haji Mauritania selamat tiba di Arab Saudi pada 23, 24 dan 25 Mei.
Klip lama dari Turki
Carian imej terbalik membawa kepada video serupa di YouTube yang diterbitkan pada 18 Julai 2019 (pautan arkib).
Tajuk video itu berkata ia menunjukkan sebuah "pesawat Airbus A330 ditenggelamkan pada 14 Jun 2019".
Video YouTube sepadan dengan klip palsu pada tanda 2:05.

Video itu turut dipaparkan dalam laporan oleh BBC dan Agensi Anadolu Turki tentang pesawat Airbus A330 yang ditenggelamkan untuk mencipta terumbu tiruan di luar pantai barat laut Turki (pautan arkib di sini dan di sini).
"Pesawat sepanjang 65m (213 kaki) itu ditenggelamkan 30m ke dasar Laut Aegean di luar Pelabuhan Ibrice di wilayah Edirne," menurut laporan BBC.
"Livery" pesawat tersebut menunjukkan ia milik syarikat Turki Trans-Anatolian Natural Gas Pipeline (TANAP) yang menyokong pesawat tersebut digunakan untuk mencipta terumbu karang tiruan bagi tujuan pelancongan, menurut Anadolu.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami