Doktor memberi amaran terhadap posting 'berbahaya dan mengelirukan' yang mendakwa anda boleh merawat strok dengan jarum
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Jumaat 17/01/2020 pukul 06:55
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: Mary KULUNDU, AFP Kenya
- Terjemahan dan adaptasi Rachel YAN , AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Penipuan ini telah beredar lebih daripada satu dekad -- asalnya ia telah disebarkan melalui e-mel rantaian, seperti yang dilaporkan oleh New York Times pada bulan November 2006.
Hampir empat belas tahun kemudian, ribuan orang ramai telah lagi mengongsi nasihat yang berbahaya tentang bagaimana untuk merawat strok, gangguan secara tiba-tiba bekalan darah ke kawasan otak yang boleh membawa maut atau meninggalkan mangsa dengan kecacatan yang serius.
Salah satu posting telah dikongsi melebihi 36,000 kali di sini di Facebook pada 8 April 2019.
Posting itu menyatakan: “Lepas ni ramai yg akan kena stroke.. Kalau terjumpa boleh la tolong ikut petua ni..
“Jika ada di antara keluarga kita yang terkena stroke, jangan panik. Itu kuncinya. Sebab, jika anda panik, justru akan memburukkan lagi stroke yang dialaminya.
“Ada 1st aid (langkah pertama) dijamin sangat berkesan. Cara ini sudah diperkenalkan secara meluas, agar menjadi pertimbangan masyarakat sebagai alternatif pertolongan pertama bagi orang yang terkena stroke.
“Cara ini merupakan kaedah penyembuhan melalui ‘Pelepasan Darah’. Tujuannya untuk menolong si pesakit agar stroke itu tidak 'fatal'. Bahkan dipastikan hampir tidak ada kesan sampingan.”
Posting tersebut kemudiannya berkongsi cara-cara untuk menjalankan kaedah penyembuhan melalui “Pelepasan Darah” di mana jari-jari serta telinga pesakit ditusuk dengan jarum sehingga berdarah.
Berikutnya tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan:
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan
Dakwaan serupa juga terdapat juga posting di akaun-akaun Facebook di Malaysia di sini dan sini.
Posting dengan dakwaan yang serupa telah dikongsikan dari akaun-akaun Facebook di Nigeria, Kenya, Ghana dan Afrika Selatan.
Abaikan nasihat yang ‘berbahaya dan mengelirukan’ ini -- dapatkan bantuan perubatan segera selepas strok
Pakar perunding neurologi Dr. Dilraj Singh Sokhi, ketua Servis Strok di Aga Khan University Hospital di Nairobi, memberitahu AFP bahawa rawatan yang disarankan di dalam posting Facebook tersebut adalah “berbahaya dan mengelirukan” dan boleh menangguhkan rawatan perubatan kecemasan yang berpotensi menyelamatkan nyawa.
“Masa adalah penting,” Dr. Sokhi berkata kepada AFP dalam sebuah temu bual di hospital.
“Untuk setiap minit yang berlalu, satu juta sel-sel saraf akan mati di otak semasa serangan strok tiba-tiba ke otak. Kami tahu bahawa jika anda boleh pergi ke pusat rawatan secepat mungkin semakin baik hasil rawatan, sebab rawatan yang boleh diberi kami hanya boleh diberi dalam jangka waktu beberapa jam selepas strok menimpa.”
Teknik jarum yang diketengahkan di dalam posting itu mungkin berbahaya, Dr. Sokhi memberi amaran.
“Rasa sakit yang dialami apabila mencederakan bahagian-bahagian yang paling sensitif di badan mungkin menyebabkan tekanan darah pesakit naik dan strok bertambah teruk. Tambahan lagi, jika jarum tidak steril, terdapat risiko pemindahan jangkitan.”
Dr. Sokhi telah memberi temu bual di televisyen KTN yang telah meliputi kepentingan merawat strok dengan cepat dan jenis-jenis rawatan kecemasan yang boleh didapati.
Tidak, ini bukanlah rawatan yang disyorkan oleh pengamal perubatan Cina
Pengamal perubatan Cina yang berdaftar Wendy Wong, penolong profesor di Chinese University of Hong Kong, memberitahu AFP bahawa posting tersebut memberi interpretasi yang mengelirukan mengenai teknik akupunktur yang digunakan dalam rawatan Cina traditional.
“Di dalam sistem kesihatan national di China, di dalam sebuah hospital perubatan Cina, mereka akan menggunakan akupunktur bersama-sama dengan perubatan Barat untuk strok akut,” Dr. Wong memberitahu AFP melalui e-mel. Ini digunakan untuk bahagian-bahagian badan yang berlainan, “dari lengan dan kaki ke batang badan”, berdasarkan keadaan strok itu.
“Ia adalah disyorkan bahawa orang ramai mendapatkan konsultasi ataupun bantuan segera daripada seorang doktor Barat, memandangkan negara yang berlainan mempunyai peraturan yang berlainan mengenai rawatan Cina,” kata dia.
Seperti Dr. Sokhi, dia menekankan bahawa seorang pakar perubatan “patutlah orang yang pertama untuk dikonsultasikan” jikalau terdapat kes strok.
“Untuk melindungi keselamatan pesakit, saya ingin mengatakan bahawa artikel ini di Facebook adalah agak mengelirukan,” Dr. Wong memberitahu AFP.
Bagaimana untuk mengesan strok
Dr. Sokhi telah mengatakan bahawa posting media sosial itu sebagai “mengarut”.
“Ia adalah sangat penting untuk orang ramai untuk memahami apakah simptom strok akut dan singkatan yang biasa digunakan ialah FAST,” katanya lagi.
Singkatan tersebut digunakan oleh servis kesihatan kecemasan seperti Red Cross dan St John Ambulance untuk membantu orang mengenali simptom strok. Singkatan FAST bermaksud:
Face (Muka): Minta orang tersebut untuk senyum. Adakah satu sisi muka mereka meleleh?
Arms (Lengan): Minta orang tersebut untuk menaikkan lengannya. Adakah mereka mengalami kesukaran untuk terus menaikkan kedua-dua lengan mereka?
Speech (Ucapan): Minta orang tersebut untuk mengulangi sebuah frasa yang mudah. Adakah ucapan mereka tidak jelas atau pelik?
Time (Masa): Untuk memanggil servis kecemasan jika kamu mengesan sebarang simptom dan pastikan orang tersebut dibawa ke hospital dengan segera.
Menurut Organisasi Strok Antarabangsa, strok adalah punca kematian kedua untuk orang melebihi umur 60 tahun di dunia, dan punca kelima untuk orang berumur 15 sehingga 59. Satu dari enam orang akan mengalami strok pada satu ketika dalam hidup mereka.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami