Gambar babi dalam tin ini telah dimanipulasikan untuk memasukkan cap halal

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Gambar sebuah tin makanan yang mengandungi babi dengan cap “halal” telah dikongsi ribuan kali di beberapa pos di Facebook dan Twitter. Dakwaan itu tak benar. Gambar tersebut telah dimanipulasikan untuk menunjukkan cap “halal”. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mengesahkan bahawa makanan buatan Malaysia tersebut tidak pernah disahkan halal.

Gambar yang dimuat naikkan di pos Facebook di sini telah dikongsi kan melebihi 2,300 kali. 

Teks yang didapati bersama gambar dalam pos Facebook yang mengelirukan itu menyatakan: “Tolong sebarkan pada penguatkuasa, kes macam ni anda tak peka ke? Biadap..”

Kapsyennya menyatakan: “Macamana boleh HALAL ??? GILA .....”

Berikutnya tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan:

Screenshot of misleading Facebook post

Halal merujuk kepada piawaian pemakanan di dalam Islam yang melarang orang Muslim daripada makan sesetengah makanan termasuklah babi.

Label pada tin makanan babi dalam pos Facebook  yang mengelirukan itu termasuklah logo JAKIM yang telahdimanipulasikan.

Imej tersebut telah disebarkan di Australia di sini. Ia juga telah disebarkan di Twitter di sini dan sini, dan juga di sini di Quora dengan dakwaan yang serupa.

Dakwaan itu tak benar. Babi di dalam tin yang digambarkan dalam pos yang mengelirukan itu tidak pernah diiktirafkan sebagai halal oleh JAKIM.

Carian imej terbalik Google mendapati gambar yang hampir sama ini di laman sesawang pengimport makanan Malaysia Ing Lee Trading, tanpa cap halal.

Di bawah adalah tangkapan skrin gambar dari pos yang mengelirukan (kiri) dan imej dari laman sesawang pengimport makanan Malaysia (kanan):

Tangkapan skrin gambar dari pos yang mengelirukan (kiri) dan imej dari laman sesawang pengimport makanan Malaysia (kanan)

JAKIM menafi pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk babi tersebut di dalam kenyataan ini yang diterbitkan di laman sesawangnya pada 30 Jun 2016 dan juga di pos ini di laman rasmi Facebooknya.

Kenyataannya menyatakan: “Untuk makluman pengguna, penjelasan berkenaan viral penggunaan logo halal pada produk haram ini pernah dimuatnaik dalam laman rasmi FB Bahagian Hab Halal JAKIM pada 29 September dan 29 November 2015.

“Merujuk kepada gambar yang diviral tersebut, ditegaskan bahawa JAKIM sama sekali tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada produk HARAM seperti gambar yang tersebar tersebut. Hasil siasatan JAKIM di dua lokasi (Miri & Kuching) seperti yang dimaklumkan oleh pengadu TIDAK mendapati produk tersebut berada di pasaran.

“Jakim tidak menolak kemungkinan bahawa ianya merupakan gambar yang sengaja diedit dengan meletakkan logo Halal. Sekiranya benar, Jakim mengecam perbuatan tersebut kerana perkara tersebut boleh mendatangkan tohmahan dan fitnah terhadap Pensijilan Halal Malaysia.”     

Berikutnya tangkapan skrin kenyataan tersebut: