Senator Labor Penny Wong telah melepaskan kewarganegaraan Malaysia sebelum beliau dipilih untuk Senat Australia

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Meme yang sedang tersebar di Facebook menggabungkan gambar senator Australia Penny Wong dengan teks yang mendakwa beliau tidak membuktikan bahawa beliau boleh memegang jawatan awam disebabkan kewarganegaraan Malaysianya. Dakwaan ini tidak benar; dokumen rasmi menunjukkan Wong telahpun melepaskan kewarganegaraan Malaysia sebelum beliau dipilih untuk mewakili Senat pada 2001.

Meme ini telah diterbitkan di Facebook ini pada 5 September 2018, di mana ia telah dikongsikan melebihi 600 kali selepas dimuat naik oleh laman Facebook yang berpusat di Australia yang mempunyai lebih daripada 20,000 pengikut.

Di bawah adalah tangkapan skrin pos yang mengelirukan:

Tangkapan skrin pos yang mengelirukan

Meme tersebut menunjukkan Senator Australia Penny Wong, ketua pembangkang di dalam Senat.

Teks bersebelahan foto senator Labor Party itu menyatakan: “Saya Penny Wong. Saya lahir di Malaysia dan masih belum lagi membuktikan kelayakan saya di bawah Seksyen 44. Pelan permainan tipikal Labor adalah untuk mengabaikannya sehingga pengundi bodoh terlupa. Berjaya setiap kali!”

Seksyen 44 di bawah Perlembagaan Australia melarang orang dengan dua kewarganegaraan daripada memegang jawatan politik di Australia.

Kapsyen pos menyatakan: “Latihan Hari Ini dalam Mengenali Labor Penny Wong, Penny ialah seorang rakan baik Julie Bishop, sangat kiri dia tak akan betul, dan selalunya WONG.”

Di dalam kapsyen, nama keluarga Wong digunakan sebagai bermain dengan kata-kata dengan perkataan bahasa Inggeris “wrong”, yang bermaksud “salah”.

Foto yang sama diterbitkan di sini di Facebook dan di sini di Twitter, dengan dakwaan yang sama.

Dakwaan bahawa Wong tidak layak untuk bertanding disebabkan kelahirannya di Malaysia adalah tidak benar; beliau telah melepaskan kewarganegaraan Malaysia sebelum dipilih untuk Senat pada 2001.

Dia telah melepaskan kewarganegaraan Malaysia lebih daripada tiga bulan sebelum pilihan raya persekutuan bulan November 2001, seperti yang boleh dilihat pada kenyataan ini yang telah dihantar kepada Daftar Kelayakan Senator.

Seksyen 4(a) - warganegara asing - kenyataan Wong menyatakan: “Artikel 23 Perlembagaan Persekutuan Malaysia membolehkan warganegara kapasiti untuk melepaskan kewarganegaraan Malaysia sekiranya mereka sedang, atau akan, menjadi warganegara negara lain.

“Selaras dengan undang-undang ini, saya melepaskan sebarang hak sebagai warganegara Malaysia dengan menunaikan borang kerajaan, Form K, pada 23 May 2001 sebelum pencalonan untuk pilihan raya persekutuan 2001. Ini telah didaftarkan oleh kerajaan Malaysia pada 28 Julai 2001.” 

Di bawah adalah tangkapan skrin bahagian kenyataan itu:

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia telah mengesahkan pelepasan kewarganegaraan Wong dalam sepucuk surat bertarikh 28 Julai 2001.

Surat tersebut termasuk dalam kenyataannya, seperti yang dilihat di bawah:

Jurucakap untuk Wong juga mengesahkan bahawa beliau telah melepaskan kewarganegaraan Malaysia beliau di dalam emel kepada AFP bertarikh 16 Julai 2019 yang menyatakan:

“Penny telahpun melepaskan sebarang tuntutan yang dia ada pada kewarganegaraan Malaysia pada 2001 sebelum dia memasuki Parlimen. Dokumen yang mengesahkan ini boleh didapati secara terbuka di laman sesawang Rumah Parlimen.”

Sejak itu, Wong telahpun dipilih di 2007, 2013 dan sekali lagi untuk tempoh enam tahun pada 2016.

AFP Fact Check pernah menyemak fakta mengenai dakwaan yang mengelirukan tentang Seksyen 44 Perlembagaan Australia di sini.