Video ini menunjukkan gempa bumi yang mengegarkan Indonesia pada awal bulan Julai, bukan Borneo Malaysia
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Rabu 24/07/2019 pukul 05:40
- Dikemas kini pada hari Rabu 24/07/2019 pukul 05:47
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Pos Facebook ini yang diterbitkan pada 9 Julai 2019. Ia telah ditonton lebih daripada 82,000 kali dan dikongsi lebih daripada seribu kali.
Kapsyen dalam bahasa Cina itu menyatakan: “Gempa bumi 4.0 magnitud melanda Sabah. Orang-orang di dalam kereta bergesa-gesa lari ke kawasan terbuka.”
Sabah ialah sebuah negeri yang terletak pada Malaysia Timur, di kepulauan Borneo.
Tangkapan skrin pos yang mengelirukan di bawah:
Video selama 15 saat itu menunjukkan seorang wanita keluar dari kereta dengan cepat bersama bayinya dan berlari ke arah struktur yang melindungi plaza tol. Beberapa orang lain juga berlari ke arah yang sama, melepasi wanita itu. Jalan raya sesak dengan kereta dan pemandu membunyikan hon kereta.
Pos-pos lain yang mengongsikan video dengan dakwaan yang sama, di sini dan sini.
Dakwaan itu tak benar. Carian imej terbalik pada video tersebut dijalankan menggunakan alat analisis InVid. Carian mendapati klip itu menunjukkan gempa bumi yang melanda Ternate, di wilayah Maluku Utara, Indonesia.
Rakaman yang dimuatnaikkan ke atas platform pelesenan video Newsflare pada 7 Julai 2019 di sini. Dua ayat pertama kapsyen menyatakan: “Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud melanda Indonesia pada 7 Julai. Gegaran mencetuskan panik di kota Ternate di pulau Maluku yang berdekatan pusat gempa bumi.”
Tangkapan skrin di bawah membandingkan video di pos yang mengelirukan (kiri) dengan video Newsflare (kanan):
Pada 7 Julai 2019, USGS telah mencatatkan gempa bumi 6.9 magnitud di Laut Maluku, 133 kilometer barat dari kota Ternate. Data ini boleh didapati dari tangkapan skrin di bawah.
Portal berita Indonesia KompasTV melaporkan insiden pada 7 Julai 2019 di sini, dengan klip yang sama digunakan berulang kali. Klip ini boleh didapati di bawah.
Ayat pertama kapsyen video, diterjemahkan daripada bahasa Indonesia, menyatakan: “Gempa bumi 7.0 magnitud melanda Ternate, Maluku Utara.”
Walau bagaimanapun, tiada gempa bumi dicatat di Malaysia pada tarikh pos yang mengelirukan itu dikeluarkan -- ataupun dalam bulan Julai sehingga 17 Julai.
Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengukur gempa bumi di seluruh dunia dan membolehkan informasinya didapati secara terbuka. Pangkalan data tentang gempa bumi boleh juga dicari mengikut tarikh dan lokasi.
Di bawah adalah tangkapan skrin satu carian untuk gempa bumi yang dijalankan AFP di dalam laman sesawang USGS -- merangkumi Sabah dan beratus kilometer di sekelilingnya.
Carian itu memulangkan keputusan berikut, dengan kotak biru ditambah kemudian untuk agak-agak menunjukkan negeri Sabah.
Titik jingga mewakili satu-satunya gempa bumi yang berlaku pada 17 Julai 2019 -- pada hari carian dibuat -- titik kuning adalah gempa bumi yang berlaku sepanjang minggu carian, manakala titik putih adalah gempa bumi yang landa dalam lingkungan satu bulan carian. Semakin besar titik, semakin kuat gempa bumi.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami