Gambar-gambar tersebut lama; Malaysia berhenti mengimport babi dari Vietnam sejak Januari 2019

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Rabu 10/07/2019 pukul 11:45
  • Durasi bacaan 4 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Gambar-gambar yang kononnya mengenai daging babi yang berpenyakit dan orang yang sakit di dalam hospital sedang tersebar di dalam pos Facebook yang mendakwa babi dari Vietnam yang “berpenyakit” telah sampai di Malaysia, dan memberi amaran kepada orang lain untuk tidak memakannya kerana mengancam kesihatan sesiapa yang memakannya. Dakwaan itu tidak benar; gambar -gambar itu adalah campuran gambar stok lama dan gambar yang dipetik daripada repot media bahasa Vietnam yang tidak berkaitan sama sekali; Malaysia telah berhenti mengimport babi dari Vietnam sejak Januari 2019.

Terdapat beberapa pos Facebook, contohnya di sini, di mana satu siri gambar-gambar daging, babi mati, seorang lelaki dan seorang perempuan di dalam hospital bersama imej teks yang mendakwa babi yang berjangkit dari Vietnam telah sampai di Malaysia, telah dimuat naik. Pos itu telah dikongsi lebih daripada 200 kali.

Diterjemahkan ke bahasa Malaysia, keterangan salah satu pos bahasa Inggeris pada 13 Mac 2019 menyatakan: “Virus daging babi Vietnam telah tiba di Johor Bahru, Malaysia. Jangan makan daging babi panggang dan beli daging babi mentah. Ingat beri perhatian kepada virus daging babi dan jenama daging panggang A8 dan C1 Malaysia yang diimport!!”

Di bawah adalah tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu

Gambar-gambar yang sama juga dikongsi di pos Facebook ini dengan dakwaan serupa. 

Imej dan dakwaan yang sama juga dikongsi sebanyak 700 kali di Facebook ini pada 13 Jun 2019, tetapi semua gambar itu didapati dipadamkan dari pos tersebut.

Di bawah adalah tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos yang mengelirukan

Dakwaan itu tidak benar; Malaysia telah berhenti mengimport babi dari Vietnam sejak Januari 2019.

Pihak berkuasa Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Malaysia telah menyekat pengimportan babi hidup dan produk babi dari Vietnam sejak 23 Januari 2019.

Dokumen itu menyatakan: 
“KEPADA SIAPA YANG BERKENAN,

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Susulan dari wabak penyakit African Swine Fever Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyekat pengimportan babi hidup dan produk babi (termasuk produk tin) dari beberapa negara.”

Ia juga menyenaraikan butiran sekatan:

Tarikh sekatan Negara
12 November 2018 China
 17 Januari 2019 Poland
 17 Januari 2019 Belgium
  23 Januari 2019 Thailand
23 Januari 2019 Vietnam
4 April 2019 Cambodia

Di bawah adalah tangkapan skrin dokumen tersebut:

Image
Tangkapan skrin dokumen

Gambar-gambar di pos-pos yang mengelirukan itu juga tidak menunjukkan daging babi yang telah adanya penyakit di Malaysia pada 2019.

Gambar yang pertama menunjukkan dua orang lelaki yang memeriksa dan mengambil gambar babi mati yang asalnya dari laporan berita Thai Nguyen Online dari Vietnam pada 1 Oktober 2015 ini dengan tajuk: “Pihak berkuasa tangkap restoran yang menggunakan babi sakit untuk dipanggang dan dijual.”

Di bawah adalah tangkapan skrin artikel tersebut:

Image
Tangkapan skrin artikel bahasa Vietnam

Satu carian imej terbalik gambar daging mentah yang berpenyakit ini menunjukkan imej ini  pernah diguna di dalam satu blog bertarikh 27 Jun 2013 mengenai cacing pipih.

Image
Gambar daging mentah

Satu carian imej terbalik gambar daging yang sudah masak, di bawah ini, menunjukkan gambar tersebut disebar dalam talian dalam bahasa Vietnam, seperti di pos bertarikh 9 Mac 2019 ini tentang jangkitan cacing pita di laman web Vietnam.

Image
Gambar daging yang sudah masak

Dua gambar-gambar berikutnya dalam pos-pos yang mengelirukan itu adalah imej berbeza mengenai seorang lelaki dan seorang perempuan di dalam sebuah hospital.

Satu carian imej terbalik mendapati gambar-gambar tersebut telah tular tersebar di media sosial dalam bahasa Vietnam sejak sekurang-kurangnya tahun 2018. Pos Facebook pada 9 Januari 2018 ini mengongsi gambar-gambar lelaki dan perempuan itu.

 

Dua ayat pertama dari keterangan dalam bahasa Vietnam yang panjang ini menyatakan: “Penting, kami perlu kongsi pos ini dengan segera. Terdapat dua orang yang telah dijangkiti di kawasan Ha Giang.”

Pos itu mengatakan bahawa dua orang telah jatuh sakit selepas makan darah babi pada hari Selasa, 2 Januari 2018, dan lelaki itu dijangkiti
streptococcus.

Video YouTube dari Ha Giang TV bertarikh 18 Januari 2018 menunjukkan lelaki yang sama di atas katil hospital. Ia bertajuk: “Amaran atas jangkitan yang disebabkan oleh babi 'streptococcus' di Ha Giang pada 11 Januari 2018.”

Di bawah adalah tangkapan skrin video asal tersebut:

Image
Tangkapan skrin video Ha Giang TV

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami