Tidak, video tidak menunjukkan kebakaran yang besar di Kelantan, Malaysia

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Isnin 08/07/2019 pukul 05:15
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Video yang menunjukkan sebuah kebakaran telah ditonton puluhan ribu kali di dalam pos Facebook yang mengatakan bahawa kebakaran tersebut telah berlaku di Kelantan, sebuah negeri di timur laut Malaysia. Kenyataan ini tidak benar; kebakaran tersebut sebenarnya berlaku di daerah Jurong di Singapura.

Video itu telah dimuat naik pada 22 Jun 2019 di Facebook di mana ia telah ditonton sebanyak 84,000 kali. Keterangannya, di dalam bahasa Cina dan diterjemahkan kepada bahasa Malaysia, mengatakan: "Berlaku di Kelantan."

Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu

Tuntutan itu tidak benar; kebakaran itu sebenarnya berlaku di Jurong, Singapura. 

Video yang sama yang dikongsi di Facebook di sini pada 21 Jun 2019 dengan keterangan yang berkata: "Kebakaran di Jurong. Tolong jauhkan diri dari Jalan Buroh dan Jalan Penjuru."  

Portal berita Singapura Channel News Asia (CNA) telah menerbitkan laporan bahasa Inggeris ini mengenai kebakaran tersebut pada 21 Jun 2019, yang bertajuk: "1 mati, 2 cedera dalam kebakaran di kawasan industri Jurong."

Dua perenggan yang pertama repot tersebut mengatakan bahawa: "Seorang telah mati dan dua orang mengalami kecederaan selepas kebakaran yang besar melanda kawasan industri Jurong pada Jumaat (21 Jun), kata Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

"SCDF berkata bahawa mereka telah diberitahu tentang insiden di 43 Jalan Buroh pada pukul 5.10pm. Kebakaran tersebut, yang digambarkan SCDF sebagai 'dahsyat dan sengit', telah dibawa terkawal pada kira-kira pukul 7.30pm."

Di bawah adalah perbandingan antara video di dalam pos Facebook yang mengelirukan itu (kiri) dan video sebenarnya (kanan):
 

Image
Perbandingan antara video di dalam pos Facebook yang mengelirukan itu (kiri) dan video sebenarnya (kanan)

CNA juga telah memuat naik video yang sedikit berlainan mengenai kebakaran yang sama di laman rasmi Facebooknya, dengan keterangan yang berjudul: "TONTON: Letupan di sebalik kebakaran industrial besar di Jalan Buroh di Jurong, seperti video yang didapati tular di media sosial."

Ekoran itu, SCDF telahpun membuat pos terkini mengenai insiden itu pada laman rasmi Facebook yang sudah disahkan di sini.

Perenggan pertama pos tersebut berkata:
"Pada pukul kira-kira 5.10pm petang ini, SCDF telah menjawab panggilan untuk memadamkan api kebakaran di No. 43 Jalan Buroh. Setelah sampai di alamat itu, api itu telah menyelubungi sebuah fasiliti Liquified Petroleum Gas (LPG) yang sebesar dua padang bola sepak."

Ini adalah Google Street View 43 Jalan Buroh di Singapura yang bertarikh Mac 2018:

Image
Tangkapan skrin Google Street View 43 Jalan Buroh di Singapura

SCDF juga telah mengongsikan video di laman Facebook di sini dengan keterangan yang berjudul: "Kebakaran @ Jalan Buroh pada 21 Jun 2019".

Video itu menunjukkan keadaan waktu memadamkan api kebakaran dan ekoran pemadaman api kebakaran itu. Pada saat 1 minit, 22 saat, video itu memaparkan keadaan bumbung biru bangunan selepas dijilat api.

Ini adalah perbandingan antara video dalam pos Facebook yang mengelirukan itu (kiri), video CNA (tengah) dan video SCDF (kanan), dengan ciri-ciri yang sama dibulatkan:

Image
Perbandingan antara video dalam pos Facebook yang mengelirukan itu (kiri), video CNA (tengah) dan video SCDF (kanan)

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami