Kemalangan bas berlaku di Indonesia, bukan di Malaysia

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Khamis 11/07/2019 pukul 11:30
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Satu video yang telah ditonton melebihi berpuluh ribu kali melalui beberapa pos Facebook dianggap menunjukkan insiden kemalangan bas di Malaysia. Ini tidak benar; video itu terdahulunya telah disebarkan dalam talian di repot mengenai kemalangan bas di Indonesia; imej dari Google Street View  di persimpangan yang sama yang dipetik dari laporan media adalah sama dengan apa yang dipamerkan dalam video berkenaan. 

Video yang sepanjang 1 minit itu diterbitkan di pos Facebook ini yang bertarikh 23 Jun 2019.

Ia ditonton lebih daripada 18,000 kali dan dikongsi lebih daripada 480 kali.

Di bawah adalah tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu:
 

Image
Tangkapan skrin pos yang mengelirukan

Keterangan pos itu menyatakan: "Bas Genting Highland tidak dapat berhenti, pemandu abaikan dan terjun dari bas untuk menyelamatkan diri sendiri .."

"Genting Highland" merujuk kepada tempat peranginan pelancong Genting Highlands di Malaysia. 

Logo di atas sebelah penjuru kanan menyatakan: "RPM Chanel".

Video yang sama dikongsi di pos Facebook yang lain dengan kenyataan yang sama, seperti di sini dan di sini.

Tetapi dakwaan tersebut tidak benar. Video ini terdahulunya telah disebarkan dalam talian di repot mengenai kemalangan bas di Indonesia; imej dari Google Street View di persimpangan yang sama yang dipetik dari laporan media adalah sama dengan apa yang dipamerkan dalam video berkenaan.

Video itu telah diambil dari saluran YouTube Riki Minank Putera yang menyiarkan video itu pada 16 Jun 2019. 

Video sepanjang 3 minit 49 saat itu bertajuk: "Saat-saat Brek Bas Gagal di sitinjau lauik."

Apabila diterjemah ke dalam bahasa Malaysia, keterangan bahasa Indonesia menyatakan: "Lokasi: Sitinjau lauik, padang
Ahad, 16 Jun, 2019: 2.30pm
Video asal dirakam dan dimiliki: Riki Putera Minank

Bas pelancongan medan sedang membawa sekumpulan ke Padang tetapi breknya gagal pada keturunan sitinjau lauik. Ia babas kepada dinding pada jalan sitinjau dan 2 lori tangki pertamina. Alhamdulilah, tiada yang mati, cuma cedera ringan."

Kota Padang ialah ibu negeri provinsi Sumatra Barat di Indonesia.

Bahagian video daripada kedudukan saat 0:21 sampai 1:20 sama dengan video dari pos-pos yang mengelirukan itu.

Di bawah ialah tangkapan skrin yang menunjuk perbandingan antara video di pos-pos yang mengelirukan itu (kiri) dengan video yang dikongsi di YouTube pada 16 Jun 2019 dengan keterangan dalam bahasa Indonesia (kanan):

Image
Perbandingan antara video yang di dalam pos-pos yang mengelirukan (kiri) dengan video YouTube (kanan)

Kemalangan itu juga telah dilaporkan oleh media tempatan Indonesia TVOneNews di sini di saluran rasmi YouTube pada 18 Jun 2019.

Video tersebut bertajuk "Bas Pelancongan Langgar Lori Tangki di Sumatra Barat" dalam bahasa Indonesia.

Keterangan bahasa Indonesia dalam pos TVOneNews di YouTube diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia kepada: "Bas pelancongan terlibat di dalam sebuah kemalangan dengan lori tangki Pertamina di pendakian Sitinjau Lauik, Bandar Padang, Sumatra Barat. Punca kemalangan disyaki kerana brek gagal berfungsi di dalam bas pelancongan itu."

Pertamina ialah syarikat minyak dan gas asli milik negara Indonesia.

Carian kata kunci menunjuk lokasi kemalangan itu melalui Google Street View di sini.

Di bawah adalah tangkapan skrin lokasi tersebut di Google Street View:

Image
Tangkapan skrin lokasi tersebut di Google Street View

Fajar Sumbar.com, sebuah portal berita berpusat di Padang, juga telah menerbitkan repot ini pada 17 Jun 2019 mengenai kemalangan itu. Tajuknya dalam bahasa Indonesia diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia kepada: "Bas Pelancongan Terbabas Kepada Lori Tangki Pertamina, Suspek Kegagalan Brek."

Perenggan pertama dalam laporan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia kepada: "Kemungkinan kegagalan brek, sebuah bas pelancongan telah melanggar dua lori tangki pertamina di Sitinjau Lauik, kawasan Lubuk Kilangan, Ahad (16 Jun) sekitar 2:15 pm. Nasib baik dalam peristiwa itu tidak ada yang korban jiwa."

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami