Gambar ini diambil dari sudut yang menyebabkan tikus itu kelihatan lebih besar dari saiz sebenarnya

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Khamis 29/08/2019 pukul 10:05
  • Dikemas kini pada hari Jumaat 30/08/2019 pukul 03:52
  • Durasi bacaan 2 minit
  • Oleh: AFP Singapura, AFP Malaysia
Gambar yang dikongsikan ribuan kali di Facebook dikatakan menunjukkan seekor tikus “yang lebih besar daripada kucing” ditangkap di Malaysia. Dakwaan ini tidak benar. Foto itu telah diambil dari sudut yang membuat tikus tersebut kelihatan lebih besar.

Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki bersenyum sambil memegang seekor tikus dengan pemegang barang, seperti yang diterbitkan di sini pada 16 Ogos 2019 dan telah dikongsikan melebihi 5,400 kali.

Diterjemahkan ke bahasa Malaysia, kapsyen bahasa Cina itu menyatakan: 
“Menakutkan! Staf syarikat kawalan perosak
Berkongsi dengan saya
Tikus yang lebih besar daripada kucing
Ianya di Malaysia~Johor Bahru.”

Di bawah adalah tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos yang mengelirukan

Carian imej terbalik mendapati gambar ini telah tersebar di media sosial bertahun-tahun lamanya.

Gambar asal yang diterbit pada 23 Mei 2015 di Facebook di sini oleh jawatankuasa penduduk bersama satu gambar yang lain dari sudut yang berbeza memberikan pandangan yang lebih tepat mengenai saiz tikus itu. 

Pos itu juga menunjukkan gambar-gambar itu bukanlah diambil di Johor Bahru tetapi di USJ11, sebuah kawasan di dalam Subang Jaya, wilayah barat dari Kuala Lumpur, dan 400km dari Johor Bahru.

Gambar yang pertama tersebar luas di media sosial sejurus selepas ia diterbitkan, menyebabkan penerbit asal mengeluarkan perbandingan antara kedua-dua gambar pada 25 Mei 2015 untuk menafikan dakwaan yang tikus gergasi tersebut telah ditangkap di kawasan persekitarannya.

Hannah Yeoh, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya, juga menjelaskan di media sosial pada 25 Mei 2015 bahawa perspektif di mana gambar itu diambil telah menjadikannya nampak lebih besar.

Suratkhabar The Star juga melaporkan tentang foto tersebut pada 1 Jun 2015. 

Artikel tersebut disertai oleh sebuah video seperti di bawah:

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami