Kejadian itu berlaku di Shanghai, China

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Terdapat pos Facebook yang mendakwa bahawa paip pecah telah menyebabkan bumbung runtuh di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Ini adalah tidak benar; walaupun terdapat siling runtuh, insiden itu berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Shanghai, China.

Pos Facebook dengan tarikh yang mengelirukan itu telah disebarkan pada 27 Ogos 2019 di sini dan dikongsikan lebih daripada 1,200 kali. Kapsyennya menyatakan: “Pavilion, Bukit Bintang paip pecah oleh itu bumbung runtuh.”

Video selama 15 saat yang telah ditonton lebih daripada 36,000 kali itu menunjukkan beberapa orang mengelak satu tempat di mana air mengalir dari siling. Beberapa saat kemudian, sebahagian siling tersebut runtuh. Tiada mangsa kemalangan itu.

Pavilion Kuala Lumpur merupakan sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Bukit Bintang adalah kawasan di mana ia terletak.

Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan:

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Klip yang sama telah dikongsikan di Facebook dengan dakwaan yang sama di sini, sini dan sini.

Carian imej terbalik Google mendapati insiden tersebut berlaku di Shanghai, China. Klip yang sama telah dimuat naik ke akaun Weibo BTV Beijing News pada 28 Ogos 2019. Weibo merupakan laman sesawang serupa Twitter versi China.

Teks yang diterjemahkan dari bahasa Cina ke bahasa Malaysia menyatakan: “(Siling sebuah pusat membeli-belah di Shanghai runtuh, orang ramai menjerit dan melarikan diri -- Pihak berkuasa membalas: Paip pecah.) Pada Ogos 24, siling di tingkat bawah tanah Vanke Square di bandar Qibao, daerah Minhang, Shanghai tiba-tiba runtuh dan orang ramai menjerit dan melarikan diri. Pekerja di kedai berdekatan berkata bahawa beberapa lubang kecil telah muncul di siling dan air telah mengalir keluar. Kira-kira seminit kemudian, siling runtuh. Jabatan publisiti bandar Qibao berkata bahawa paip air di siling pecah dulu, sebelum air melimpah dan menyebabkan siling runtuh. Tiada orang yang cedera.”

Insiden tersebut juga dilaporkan oleh media on.cc di sini pada 25 Ogos 2019.

Perenggan pertama, diterjemahkan dari bahasa Cina ke bahasa Malaysia, menyatakan: “Paip air di pusat membeli-belah dari bandar Qibao, daerah Minhang, Shanghai pecah dengan tiba-tiba pada Sabtu (24 Ogos). Air mengalir dari siling dan orang ramai mengelakkan diri darinya. Siling runtuh -- ia dijangka kerana ia tidak cukup kuat untuk menampung berat tambahan daripada air bocor. Nasib baiklah, tiada     sesiapa pun cedera. Selepas dua jam mencuci, keadaan di tempat kejadian menyusul balik kepada biasa. Punca kejadian masih dalam siasatan.”

Berikutnya tangkapan skrin repot tersebut:

Tangkapan skrin repot on.cc

Di bawah adalah perbandingan imej video daripada pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan klip daripada repot tersebut (kanan):

Perbandingan imej video daripada pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan klip daripada repot on.cc (kanan)