Gambar ini tidak menunjukkan adik pemimpin Malaysia Mahathir Mohamad, tetapi menteri kerajaan India yang tiada kaitan dengannya
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Rabu 02/10/2019 pukul 05:20
- Dikemas kini pada hari Khamis 03/10/2019 pukul 10:38
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Foto ini menunjukkan seorang lelaki tua yang telah ditandakan dengan bulatan merah telah diterbitkan di Facebook pada 18 Ogos 2019.
Pos tersebut telah dikongsikan lebih daripada 1,700 kali.
Kapsyennya menyatakan: “INI ADALAH ADIK PERDANA MENTERI KITA TUN MAHATHIR YG SEKARANG ADA DI KERALA INDIA”.
Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri Malaysia sekarang.
Berikutnya tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu:
Foto yang sama diterbitkan di Facebook di sini dan sini dengan dakwaan serupa.
Dakwaan itu tidak benar. Gambar itu menunjukkan seorang menteri kerajaan India yang tidak berkaitan dengannya.
Sebuah carian imej terbalik Google mendapati gambar yang sama diterbitkan oleh saluran berita India seperti Hindustan Times di sini dan Times of India di sini, pada 4 Mac 2018.
Kapsyen foto Hindustan Times menyatakan: “Kamal Haasan, pengasas Makkal Neethi Mayyam, berjumpa dengan ketua menteri Kerela Pinarayi Vijayan di Circuit House di Chennai pada Sabtu.”
Kapsyen foto Times of India menyatakan: “Ketua Menteri Kerala Pinarayi Vijayan dan isterinya Kamala berjumpa dengan Kamal Haasan, presiden Makkal Needhi Maiam, di rumah tetamu kerajaan di Chepauk.”
Berikutnya tangkapan skrin repot berita Hindustan Times:
Berikutnya perbandingan foto dari pos yang mengelirukan (kiri) dan dari repot berita Hindustan Times (kanan):
Pinarayi Vijayan merupakan ketua menteri Kerala. Ini adalah akaun Twitter rasmi beliau.
Biografinya di laman sesawang rasmi Ketua Menteri Kerala menyatakan: “Pinarayi Vijayan dilahirkan sebagai anak bongsu Maroli Koran dan Kalyani pada 21 Mac 1944.”
Mahathir juga merupakan anak bongsu di dalam keluarganya
Menurut biografi di laman sesawang rasmi Pejabat Perdana Menteri di sini, ibu bapa Mahathir adalah “Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi”. Beliau telah lahir pada 1925 ke dalam keluarga yang mempunyai sembilan adik-beradik.
Kontroversi mengenai latar belakang India Mahathir telah lama menghantuinya dengan pihak pembangkang politik memanggil ayahnya seorang warga India yang bernama Iskandar Kutty.
Anak perempuan Mahathir, Marina Mahathir, telah menolak dakwaan ini dengan menyatakan bahawa Iskandar adalah moyang Mahathir yang telah kemudiannya berkahwin kepada keluarga Melayu yang terkenal.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami