Lelaki ini sedang memakai kostum untuk sebuah karnival Halloween di Amerika Syarikat pada 2007

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Satu gambar menunjukkan seorang lelaki dengan lidah bercabang yang panjang dan kuku yang tajam telah dikongsi puluhan ribu kali di beberapa pos di Facebook dan Twitter bersama dengan dakwaan bahawa lelaki itu disumpah selepas kencing di atas al-Quran. Dakwaan itu tak benar. Lelaki di dalam gambar sedang memakai kostum halloween di sebuah karnival di california pada 2007.

Gambar itu diterbitkan di dalam pos Facebook ini pada 28 Februari 2019. The telah dikongsikan melebihi 39,000 kali.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki dengan apa yang nampaknya seperti gigi taring besar, lidah bercabang yang panjang dan kuku tajam di hadapan orang ramai.

Berikutnya adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Kapsyen gambar diterjemahkan dari bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia sebagai:
“Lelaki ini telah meludahi, mengoyak dan mengencingi al-Quran....

“Inilah azab dari Allah swt....

“Tolong sebarkan, jangan sampai berhenti di posting anda, biar orang yang suka menghina al-Quran tahu.

“Kalau azab Allah swt nyata..”

Imej yang sama telah dikongsikan di Twitter di sini dan sini dan di sebuah pos blog di dalam bahasa Malaysia di sini, dengan dakwaan yang sama.

Dakwaan itu tak benar. Lelaki itu sedang memakai kostum Halloween di sebuah karnival di California pada 2007.

Carian imej terbalik dan carian kata kunci di Google telah menjumpai gambar ini yang diterbitkan oleh Reuters pada 1 November 2007.

Gambar Reuters menunjukkan lelaki yang sama dari sudut yang berlainan. Kapsyen gambar menyatakan: “Joe Castro dari Hollywood beraksi di dalam kostum Halloween penuh di Santa Monica Boulevard semasa Karnival Kostum Hollywood Barat pada malam Halloween di Hollywood Barat, California, pada 31 October 2007.”

Berikutnya tangkapan skrin gambar Reuters itu:

Tangkapan skrin gambar Reuters

Menurut laman sesawang majlis perbandaran Hollywood Barat, Karnival Kostum Hollywood Barat merupakan acara Halloween tahunan yang dianjurkan oleh Bandar Hollywood Barat.

Video ini di saluran YouTube Bahagian Komunikasi Hollywood Barat menunjukkan karnival ini pada 2018.

Berikutnya tangkapan skrin gambar di dalam pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan gambar Reuters (kanan):

Tangkapan skrin gambar di dalam pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan gambar Reuters (kanan)

Lelaki yang dikenali sebagai Joe Castro itu merupakan seorang artis solek kesan khas dan direktor. Kredit filemnya boleh didapati di IMDb di sini.

Di akaun Facebooknya, Castro telah menerbitkan gambar ini tentang dirinya sendiri dalam kostum dari malam yang sama pada October 2017.

Kapsyen posnya menyatakan: KENANGAN KHAMIS 2007 - Satu dekad yang lalu saya berputus untuk mencipta sesuatu untuk Halloween yang saya tidak pernah buat sebelum ini: setan dari 'Dante's Inferno'. Gambar kostum saya ini merupakan imej nombor satu yang digoogle, untuk dua minggu berturut-turut, selepas Halloween tahun itu. Ia telah menetapkan piawai baru bagaimana saya mencipta mana-mana kostum ataupun ciptaan FX saya. The menggunakan beberapa orang kawan untuk menolong saya untuk menghabiskan kostum ini saya telah mendapat banyak sokongan ... Terutamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jurugambar yang mengambil masa untuk menangkap gambar saya.”