Video ini menunjukkan seorang ‘ahli politik’ dibuang ke dalam sungai? Ia cumalah dramatisasi
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Khamis 03/10/2019 pukul 10:45
- Dikemas kini pada hari Khamis 03/10/2019 pukul 10:45
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Kenya, Mary KULUNDU, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Cerita tersebut nampaknya bergema dengan pengundi yang terasa ditipu oleh ahli politik, dan video tersebut telah ditonton ribuan kali menerusi beberapa pos termasuklah di Group Kenya di sini, sebuah kumpulan Facebook dengan lebih daripada dua juta ahli.
“Apa yang kami patut (buat) kepada semua ahli politik,” kapsyen tersebut menyatakan. “Dia berjanji untuk membina jambatan selepas lima tahun dia datang kembali meminta undi dengan janji yang sama.”
Klip yang sama telah dimuat naikkan ke Instagram oleh pengacara TV dari Kenya Jane Ngoiri dan di sebuah akaun Twitter Colombia, dan di sebuah laman Facebook Malaysia dengan naratif yang sama.
“Ahli politik ini telah berjanji untuk bina Jambatan... Menghilangkan Diri dan Datang balik sebelum pilihan raya yang seterusnya untuk Menjanjikan Jambatan yang Sama. Bolehkan kami buat ini di Malaysia,” kata kapsyen dari Malaysia tersebut.
Video tersebut dicapkan dengan tera air yang menyatakan “Portal Engomadeira”. Dengan mengggunakan carian Google menggunakan kata kunci “politician promised bridge Portal Engomadeira”, kami menjumpai versi video yang lebih panjang di dalam laman Facebook Brazil bernama Portal Engomadeira.
Engomadeira merupakan sebuah kawasan di pinggir bandar Salvador, ibu bandar Bahia, sebuah negeri di timur laut Brazil.
Keterangan pada klip yang lebih panjang dalam bahasa Portugis, termasuklah tanda pagar yang diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai “#pementasan” dan “#rakaman” yang menunjukkan ia berkemungkinan besar sebuah pertunjukkan.
Kapsyen penuh boleh diterjemahkan sebagai: “Ahli politik membuat janji yang tidak disimpan dan telah dibuang ke dalam pembetung terbuka. #Rakaman #Pementasan #Hiduprealiti #Georgetrovao #Ericosilva”.
Klip yang lebih panjang ini termasuklah teks gaya filem yang mengenal pasti video ini sebagai “produksi Erico Silva”.
Video penuh membuatnya jelas bahawa kejadian dipentaskan
Ahli Brazil AFP Fact-Check menonton video tersebut dan menjelaskan kepada kami bahawa lelaki di dalam baju berwarna putih dilihat memperkenalkan dirinya sebagai calon untuk pilihan raya tempatan dan menjanjikan perbaikan di kawasan itu, termasuk mengakhiri sistem pembuangan kumbahan terbuka. Empat minit kemudian dalam video teks muncul dan menunjukkan: “Ahli majlis telah dipilih, dan tidak menyimpan janji-janjinya. Dia kembali empat tahun kemudian.”
Dia dilihat memberitahu penduduk tempatan bahawa dia tidak dapat menolong komuniti mereka kerana terlalu banyak perkara yang perlu dibuatnya di tempat lain. Penduduk yang marah dilihat mencemuhnya, dan dia ditolak ke dalam pembetung yang dia janji untuk memperbaikkan.
Kira-kira minit ke-tujuh, seorang lelaki muncul dengan mikrofon untuk menemu ramah “ahli politik” itu – dan pada masa ini, ia dinyatakan bahawa kononnya ahli majlis itu, sebenarnya, naib presiden kumpulan komuniti Portal Engomadeira.
“Kami telah merakam video ini untuk menunjukkan orang kami bagaimana kami telah ditipu selama empat tahun. Ia adalah masa yang lama untuk menunggu segala-galanya berlaku,” kata pelakon yang memainkan ahli politik di tempat kejadian.
Di dalam responnya kepada kekeliruan ke atas video yang telah ditonton melebihi dua juta kali itu, Portal Engomadeira menjelaskan bahawa kejadian itu telah dipentaskan untuk memberi gambaran mengenai politik tempatan.
“Adakah ini benar atau lakonan semata-mata?” tanya pengguna Facebook bernama Lew Ventura.
Kumpulan itu menjawab: “Kawan, masalah yang dipaparkan di dalam video adalah benar, tetapi ia dipentaskan dengan filem dan pelakon-pelakon untuk menunjukkan bahawa apabila ahli politik datang membuat janji, mereka akan mendapat respon tersebut (jika mereka tidak menunaikannya).”
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami