Ini adalah kejadian menikam yang berlaku di Jakarta, Indonesia
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Selasa 10/09/2019 pukul 10:15
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Pos Facebook yang mengelirukan itu telah dimuat naik pada 28 Ogos 2019 di sini dan telah ditonton melebihi 9,800 kali.
Kapsyen bahasa Cina yang diterjemahkan kepada bahasa Malaysia menyatakan:
“Johor Bahru Mega Mall, JB
Seorang penyelia lelaki menikam seorang pengurus perempuan!!! Selepas pertukaran pentadbiran, ramai orang yang menjadi gila disebabkan tekanan!!!”
Video selama 20 saat tersebut menunjukkan darah tersebar merata-rata di lantai pusat membeli-belah. Ada segelintir orang ramai menolong seorang yang sedang terpapar di lantai dan ada yang cepat-cepat meninggalkan tempat kejadian. Mangsa perempuan itu ditolong beberapa orang yang cuba mengangkatnya.
Berikutnya adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan:
Ada pula pos Facebook di sini yang mendakwa insiden tersebut berlaku di Singapura.
Dakwaan itu tidak benar.
Carian imej terbalik Google mengenai video itu, menggunakan tangkapan skrin dari video tersebut, menemui tweet dari 26 Ogos 2019 ini yang mengatakan bahawa insiden menikam berlaku di Pluit Village Mall di Jakarta, Indonesia.
Kejadian di Pluit Village. Infonya pekerja berantem. Pekerja supervisor cowo nusuk managernya yg cewe. Serem yah jaman sekarang. pic.twitter.com/PnDsA37G1e
— Kuper Aku Tuh (@AkuKuper) August 25, 2019
Kapsyennya, diterjemahkan dari bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia, mengatakan: “Kejadian di Pluit Village. Informasinya: pekerja bergaduh. Seorang penyelia lelaki menikam seorang pengurus perempuan. Sungguh menakutkan kebelakangan ini.”
Tangkapan skrin perbandingan video dari pos yang mengelirukan (kiri) dan video yang dimuat naikkan dengan tweet (kanan) ditunjukkan di bawah:
Kejadian tersebut juga dilaporkan oleh Okezone, laman sesawang berita Indonesia, di sini di video yang dimuat naikkan ke YouTube pada 27 Ogos 2019. Ia menggunakan rakaman dari pelbagai sudut, termasuklah dari saat 0:09 ke 0:28 di mana klip yang digunakan dalam pos yang mengelirukan itu juga muncul.
Kapsyen yang diterjemah dari bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia mengatakan: “Seorang pengurus restoran di Pluit Village Mall, Asela Rumapea (46) telah ditikam oleh pekerja bawahannya, Yogi Dawamul Hidayat (22). Tikaman tersebut didakwa bermula disebabkan masalah kerja.”
Insiden tersebut juga dilaporkan media Indonesia, Suara.com, di dalam laporan pada 26 Ogos 2019.
Diterjemahkan dari bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia, dua perenggan pertama laporan itu mengatakan: “Perbalahan yang berakhir dengan tikaman berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Penjaringan, Jakarta Utara pada Isnin, 25 Ogos 2019 pada 7:30pm waktu Indonesia Barat. Seorang pekerja restoran bernama Yogi Dawamul Hidayat, 22, telah ditangkap polis selepas dia menikam rakan sekerjanya bernama Asela Rumapea, 46.
“Ketua Unit Penjenayah Polis Metro Penjaringan, Pesuruhjaya Polis Mustakim berkata kedua-dua orang itu bekerja untuk Restoran Banainai. Sejak dari 3:30pm, Yogi dan Asela telah bertelagah kerana isu kerja.”
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami