
Video itu sebenarnya menunjukkan lelaki yang mempunyai penyakit kulit kronik dan sedang mendapat rawatan di sebuah hospital di Kazakhstan
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari 19/08/2019 jam 09:00
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Kapsyen pos Facebook yang mengelirukan itu menyatakan: “Mati dlm kubur .di izin ALLAH hidup balik ....yang mana NABI MUHAMAD cerita semua nya benar…”
Pos itu telah dikongsi hampir 2,000 kali.
Berikut tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:

Video grafik seorang lelaki diselubungi darah, luka dan kotoran juga telah muncul di artikel oleh penerbit seperti Daily Mail dan LADbible di mana mereka mendakwa menunjukkan seorang lelaki diselamatkan selepas tinggal sebulan di dalam gua beruang di Tuva, di Rusia.
Menurut alat pemantauan CrowdTangle, artikel-artikel tersebut, contohnya dari sini oleh LADbible dan sini daripada The Daily Mail dari Britain, telahpun dikongsi oleh akaun media sosial dengan lebih daripada 64 juta pengikut.
Video dan imej yang diketengahkan di semua artikel menunjukkan seorang lelaki bogel yang kurus dengan luka di seluruh badannya. Dalam rakaman tersebut, lelaki itu kedengaran memberikan namanya sebagai Alexander.
Gambar-gambar dan dakwaan-dakwaan yang sama telah muncul di repot media di negara Perancis hingga ke Indonesia.
-- Repot media Rusia --
Dakwaan tentang seorang lelaki yang menjadi tawanan beruang itu juga muncul di repot The Siberian Times, media berbahasa Inggeris, tanggal 26 Jun 2019 ini, dan agensi berita Rusia EurAsia Daily yang menyiarkan video dan berita ini pada 25 Jun 2019.
Sehari selepas menerbitkan artikelnya pada 26 Jun 2019, The Siberian Times juga telah menambah kemas kini daripada jurucakap Kementerian Kesihatan yang menyatakan bahawa kes ini tidak diketahui oleh pihak berkuasa.
Agensi berita Rusia RIA Novosti juga telah menerbitkan kenyataan di sini daripada jurucakap untuk Kementerian Dalam Negeri yang mengesahkan bahawa lelaki itu bukanlah pesakit di mana-mana hospital di daerah Tuva.
-- Rakaman mula timbul di YouTube --
Carian imej terbalik menemui rakaman dia mula muncul di saluran YouTube bahasa Rusia pada 19 Jun 2019 di sebalik dakwaan yang dia muncul dari kubur.
Klip yang telah dimuat naikkan di sini di YouTube dengan kapsyen: “Seorang muncul dari makam hidup. Bukan untuk yang mudah pengsan.”
Tangkapan skrin klip yang dimuat naikkan ke YouTube ditunjukkan di bawah:

Menurut repot media tempatan, contohnya cerita ini di Sochistream.ru, video itu kemudiaannya mula tersebar di perkhidmatan utusan Rusia. Satu trek audio bersama imej berkata bahawa lelaki tersebut telah muncul dari makam perkuburan di kota Sochi.
-- Realiti --
Pada 24 Jun 2019, Zello Poisk, sebuah kumpulan yang mencari orang yang hilang di kota Aktobe di Kazakhstan, telah memuat naik mesej di akaun Instagramnya untuk mendapatkan bantuan untuk mencari lelaki di dalam video, dan kemudiannya, kemas kini dengan berita terkini.
Di bawah adalah tangkapan skrin pos Instagram itu:

Satu seksyen daripada kapsyen panjang dalam bahasa Rusia ke bahagian kanan foto yang digariskan dalam merah menyatakan: “Kazakh kedengaran di latar belakang dan dalam pada itu, kejadian tersebut telah berlaku di Kazakhstan.”
Seksyen yang digariskan dalam warna biru menyatakan: “Kami telah jumpa lelaki dalam video ini dari kota kami. Dia sedang menjalani rawatan di hospital dan keadaannya semakin baik.”
Rustem Isayev, direktor Aktobe Medical Centre, di kota Aktobe di Kazakhstan, telah mengesahkan dengan AFP melalui temubual telefon bahawa Alexander -- lelaki di dalam video -- ialah pesakitnya dan berkata dia tidak diserang oleh beruang.
Isayev berkata Alexander dijangkiti ‘psoriasis’, sejenis penyakit kulit. Keterangan mengenai penyakit itu boleh didapati di sini.
“Dia datang kepada kami 15 hari dahulu dan kami telah merawatinya. Apabila keadaannya semakin baik, kami membenarkannya pulang,” kata Isayev.
“Dia ialah warganegara Kazakhstan dan penduduk kota Aktobe.”
Bila ditanya bagaimana video itu mula tersebar di media sosial, Isayev menjelaskan bahawa seorang doktor pakar bedah dalam pasukannya telah merakam Alexander dan menghantarnya kepada rakan-rakannya.
Katanya lagi bahawa aksi disiplin telahpun diambil terhadap doktor tersebut tetapi tambahnya lagi: “Kami tidak boleh memecatnya. Dia seorang doktor yang bagus, seorang pakar bedah.”
Laporan AFP Fact-Check yang membongkar berita tidak benar tentang lelaki ini dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di sini.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami