Kerajaan Malaysia tidak mengumumkan elaun untuk poligami di dalam bajet 2019. Imej ini telah dimanipulasikan daripada siaran kerajaan
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Selasa 08/10/2019 pukul 06:05
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Imej yang diterbitkan di Facebook pada 4 November 2018 di sini oleh laman Facebook dengan lebih daripada 1.25 juta pengikut.
Kapsyennya menyatakan: “Elaun khas untuk poligami ..”
Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan:
Imej menunjukkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di kiri dan sebuah infografik di dalam kotak merah di kanan.
Infografik tersebut menyatakan:
“Bayaran Khas Poligami
Bayaran bertujuan menggalakkan poligami secara aman.
Pembayaran dibayar secara berperingkat
Pecahan elaun
Dua isteri - RM 1500
Tiga isteri - RM 2000
Empat isteri - RM 2500”.
Infografik tersebut mempunyai ikon tiga orang dalam tali leher dan tag nama.
Imej yang sama telah diterbitkan di Facebook di sini dan sini; dan di Twitter di sini dan sini dengan dakwaan yang sama.
Dakwaan itu tidak benar; tiada elaun seperti diumumkan di bajet Malaysia 2019 di sini.
Pengumuman belanjawan telah dibentangkan pada 2 November 2018 di sini oleh akaun Facebook rasmi kerajaan.
Pada masa 1 jam 44 minit, grafik yang sama dengan yang ditunjukkan di dalam pos Facebook yang mengelirukan muncul.
Berikutnya adalah perbandingan pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan video pembentangan bajet pada masa ini (kanan):
Infografik kerajaan yang original menyatakan: “Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam gred 54 ke bawah, dibayar pada penghujung Disember. Bayaran khas sebanyak Rm250 kepada pesara kerajaan. Jumlah = RM1.076 bilion”.
Ini disokong oleh dokumen ucapan bajet rasmi 2019 di sini.
Di halaman 44, perkara 212, yang sebahagiannya mengatakan: “Sebagai penghargaan atas usaha dan dedikasi semua penjawat awam, Kerajaan ingin mengumumkan bonus RM500 untuk kakitangan awam gred 54 dan ke bawah. Untuk pesara kerajaan, bonus RM250 akan dibayar. Pembayaran bonus ini akan menelan belanja RM1 bilion Kerajaan. Tidak seperti kerajaan sebelumnya, yang biasanya membuat pembayaran bonus pada tahun hadapan, pembayaran bonus ini akan dibuat pada akhir Disember 2018.”
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami