Video kebakaran liar ini dirakam di California

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Selasa 08/10/2019 pukul 11:15
  • Dikemas kini pada hari Rabu 09/10/2019 pukul 10:59
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Video yang menunjukkan gunung yang terbakar telah dikongsikan di dalam beberapa pos Facebook yang mendakwa bahawa kebakaran hutan itu di Indonesia, dengan beberapa pos yang mendakwa lokasinya di Kalimantan. Dakwaan itu tak benar: video itu dirakam di California pada November 2018.

Pos yang mengelirukan ini telah diterbitkan di sini di Facebook pada 17 September 2019 dan telah ditonton lebih daripada 153,000 kali dan dikongsikan lebih daripada 5,200 kali.

Video itu menunjukkan sebuah kereta memandu ke arah gunung terbakar bersama kereta lain di sepanjang lebuh raya. Apabila ia semakin dekat dengan api, kereta itu membuat U-turn.

Pos di dalam bahasa Cina diterjemahkan kepada bahasa Malaysia menyatakan: “Tengok pada keadaan jerebu Indonesia.”

Di bawah adalah tangkapan skrin pos yang mengelirukan:

Image
Tangkapan skrin pos yang mengelirukan

Video yang sama telah diterbitkan di Facebook di dalam pos lain dengan dakwaan yang sama, di sini, sini dan sini.

Kebakaran hutan membara di beberapa wilayah Indonesia di Sumatra dan Kalimantan pada September 2019, menyebabkan jerebu di sebahagian Asia Tenggara. Di sini adalah sebuah repot AFP mengenainya.

Dakwaan itu tidak benar. Video itu merakam kebakaran liar di California pada 2018.

Carian imej terbalik dan kata kunci di Google mendapati video ini disiarkan di laman Facebook Karolina Protsenko pada 9 November 2018.

Kapsyen pos dia mengatakan: “Untuk pertama kali di hidup saya, saya rasa seperti kami akan mati. Kami terperangkap ke dalam api. Terima kasih Tuhan kerana menyelamatkan kami. Di dalam video ini saya bercakap di dalam bahasa Rusia. Kebanyakannya cuma saya berdoa. Saya terlalu beremosi. Saya minta maaf. Saya cuma ingin memberitahu kamu, Sayang, Hidup dan bersyukur untuk setiap hari dalam hidup anda!”

Orang di dalam video sedang bercakap dalam bahasa Rusia -- diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia:

Wanita: “Ini teruk, ini teruk! Saya harap ...”

Kanak-kanak: “Langit hitam, Ibu.”

Wanita: “Tuhan, tolong selamatkan kami. Saya tak faham? Kami baru ambil jalan ini. Saya takut untuk pergi ke sana. Saya takut untuk pergi ke sana. Di sini ada asap. Berdoalah, anak.”

Kanak-kanak: “[Tak jelas] Tuhan selamatkan kami saya memohon kepadaMu, sila, aku sayang padaMu, sila, tolong kami.”

Wanita: “Anak, janganlah nangis, teruskan doamu.”

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan video daripada pos yang mengelirukan (kiri) dan video asal daripada Karolina Protsenko (kanan):

Image
Tangkapan skrin perbandingan video daripada pos yang mengelirukan (kiri) dan video asal daripada Karolina Protsenko (kanan)

Insiden tersebut juga dilaporkan oleh laman web berita Rusia-Amerika Forum Daily pada 11 November 2018 di sini.

Tajuk artikel itu mengatakan: “Sebuah keluarga Ukraine dari California jatuh ke dalam perangkap kebakaran di lebuh raya.”

Perenggan pertama artikel tersebut menyatakan: “Seorang budak 10 tahun pemain violin yang berbakat dari Ukraine, Carolina Protsenko, tinggal di California dan terkenal di Amerika Syarikat dan di luar negara, hampir terperangkap di dalam perangkap kebakaran di lebuh raya bersama ibunya. Perangkap kebakaran adalah terbuka waktu itu untuk pemindahan kecemasan orang di kawasan merbahaya negeri yang diliputi oleh kebakaran hutan. Seorang wanita dengan anaknya terpaksa memandu melalui lebuh raya di mana rumah dan hutan sedang terbakar.”

Kebakaran besar di California, dikenali sebagai Camp Fire, bermula pada 8 November 2018, menurut laporan AFP ini. Api  membakar lebih daripada 10,000 rumah, membunuh 77 orang manakala 990 orang lagi dilaporkan hilang. 

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami