BLACK LIVES MATTER

Foto Biden ini diambil sebelum dia menjadi presiden AS dan kanak-kanak dalam gambar itu bukan anak George Floyd

Diterbitkan pada 12/05/2021 pukul 08:00

Sebuah gambar Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berlutut di hadapan seorang budak lelaki dikongsikan di pelbagai catatan Facebook bersama dengan dakwaan bahawa kanak-kanak itu ialah anak lelaki George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang mati dalam tahanan polis pada 25 Mei 2020, di Minneapolis, Minnesota. Dakwaan itu tidak benar. Foto itu diambil semasa kempen Biden, sebelum dia menjadi presiden AS, dan budak lelaki itu bukan anak Floyd.