Sriwijaya Air crash

Video ini menunjukkan pergolakan udara teruk semasa penerbangan di Amerika Syarikat pada tahun 2019

Diterbitkan pada 29/01/2021 pukul 11:25

Satu video telah ditonton puluhan ribu kali di Facebook dan YouTube bersama-sama dakwaan ia menunjukkan detik-detik terakhir di dalam pesawat Sriwijaya Air Penerbangan SJ 182 sebelum ia terhempas pada Januari 2021. Dakwaan itu tak benar. Video itu telah muncul dalam laporan mengenai pergolakan udara teruk dalam penerbangan Frontier Airlines, syarikat penerbangan tambang rendah AS, pada tahun 2019.