Video ini menunjukkan pergolakan udara teruk semasa penerbangan di Amerika Syarikat pada tahun 2019

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Jumaat 29/01/2021 pukul 11:25
  • Durasi bacaan 2 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Satu video telah ditonton puluhan ribu kali di Facebook dan YouTube bersama-sama dakwaan ia menunjukkan detik-detik terakhir di dalam pesawat Sriwijaya Air Penerbangan SJ 182 sebelum ia terhempas pada Januari 2021. Dakwaan itu tak benar. Video itu telah muncul dalam laporan mengenai pergolakan udara teruk dalam penerbangan Frontier Airlines, syarikat penerbangan tambang rendah AS, pada tahun 2019.

Video berdurasi 10 saat itu telah ditonton melebihi 4,000 kali, selepas ia dimuat naikkan di Facebook pada pada 11 Januari 2021 di sini, bersama-sama video yang lain.

Kapsyennya menyatakan: “Saat² terakhir penumpang kapal terbang sri wijaya…

“Inna lilla hiwainna ilaihi raji'un.....

“Video dari wasap sama ada benar dari sri wijaya wallahualam namun detik2 cemas dlm penerbangan spt ini amat menggerunkan semoga semua dalam penerbangan ini di lindungi olehNya. Aamiin”. 

Image
Tangkapan skrin catatan Facebook yang mengelirukan, diambil pada 21 Januari 2021

Video itu telah ditonton sebanyak kira-kira 2,000 kali setelah dikongsikan di sini di Facebook, dan di YouTube di sini, dengan dakwaan yang serupa.

Sriwijaya Air Penerbangan SJ182, yang membawa 62 penumpang terhempas ke laut, beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta, ibu bandar Indonesia, pada 9 Januari 2021, seperti yang dilaporkan oleh AFP di sini.

Dakwaan itu tak benar.

Carian kata kunci, disusuli dengan carian imej terbalik di Google, menggunakan keyframes yang diekstrak dari video itu melalui alat pengesahan digital InVID-WeVerify, menjumpai video ini yang dimuat naikkan pada 26 Oktober 2019, oleh pengguna YouTube Justine Robinson. 

Diterjemahkan dari bahasa Inggeris, tajuk video menyatakan: “Pergolakan udara yang gila Frontier Penerbangan 226” sementara keterangan menyatakan: “Denver ke Baltimore 10/25/19 Frontier Penerbangan 226”. 

Video berdurasi empat minit dan 50 saat menunjukkan adegan-adegan yang sama seperti yang dilihat dalam video dalam catatan yang mengelirukan, bermula dari tanda 1:52.

Frontier Airlines ialah syarikat penerbangan tambang rendah dari Amerika.

Video YouTube itu juga muncul dalam laporan ini mengenai pergolakan udara ketika Frontier Penerbangan 226 yang diterbitkan oleh laman blog Flying High New pada 16 November 2020. 

Di bawah adalah perbandingan tangkapan skrin video dari catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan), dengan ciri-ciri yang sama dibulatkan dalam merah oleh AFP:

Image
Perbandingan tangkapan skrin video dari catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan)

Video-video lain di catatan yang mengelirukan, yang didakwa sebagai rakaman nahas pesawat Sriwijaya Air, telah dibongkar oleh AFP di sinisinisinisinisinisini dan sini.  

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami

Artikel berkaitan