Rakaman ini menunjukkan lokasi nahas roket SN9 prototaip Elon Musk
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Selasa 01/06/2021 pukul 10:20
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: Segun OLAKOYENIKAN, AFP Nigeria, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Satu rakaman telah dimuat naikkan pada 9 Mei 2021 di Twitter di sini, di mana ia telah ditonton lebih daripada 1,300 kali.
Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan sekumpulan orang menyaksikan pendaratan roket dari jarak yang selamat berhampiran sebuah tambak.
Keterangan catatan tersebut berbunyi: “Sebab menatang ni ramai yang tidoq tak lena semalam..
“Pihak Berkuasa China sahkan serpihan roket telahpun terhempas di Lautan Hindi (Indian Ocean) berhampiran Maldives.”
Menurut Pusat Arahan Angkasa Lepas AS, roket Long March 5B milik China memasuki semula atmosfera bumi di Semenanjung Arab pada 8 Mei 2021, walau bagaimanapun ia dakwa ia “tidak tahu sama ada serpihan itu mengimpak tanah atau air”.
Video ini beredar selepas roket tersebut masuk semula ke atmosfera Bumi dengan sebahagian besar roket itu hancur di atas Lautan Hindi pada 9 Mei 2021, menurut laporan AFP ini.
Video itu telah ditonton lebih daripada 7,700 kali setelah dikongsi dengan dakwaan serupa di Facebook di sini dan di sini, serta TikTok di sini.
Dakwaan itu tak benar. Video itu sebenarnya menunjukkan SN9, roket prototaip Starship milik SpaceX, syarikat aeroangkasa AS yang diasaskan oleh usahawan Elon Musk, meletup ketika mendarat di Texas pada Februari 2021 dan wujud sebelum kemasukan roket China terkini ke bumi.
Carian imej terbalik diikuti dengan carian kata kunci lebih lanjut di YouTube menemui video ini dari 4 Februari 2021, bertajuk: “Pelancaran, Pendaratan, Letupan SpaceX Starship SN9 & Reaksi Penonton!”
Dari saluran YouTube bahagian Tentang Kami, huraiannya ada menyebut rakaman gambar diambil dari Boca Chica, sebuah lokasi yang berdekatan dengan kemudahan pelancaran SpaceX di Texas.
Berikut adalah perbandingan video dalam catatan yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan):
SpaceX memuat naikkan video pelancaran roketnya di saluran YouTube rasminya pada 2 Februari 2021, yang menunjukkan letupan tersebut dari sudut yang berbeza di laman ujiannya di sepanjang pantai Texas.
Sebahagian keterangan video YouTube SpaceX berbunyi: “Pada hari Selasa, 2 Februari, Starship nombor siri 9 (SN9) telah menyelesaikan ujian penerbangan pada altitud tinggi kedua prototaip Starship milik SpaceX dari tapak kami di Cameron County, Texas.
“Semasa olah gerak flip pendaratan, salah satu enjin Raptor tidak menyala semula dan menyebabkan SN9 mendarat pada kelajuan tinggi dan mengalami RUD [Rapid Unscheduled Disassembly]” atau penceraian tidak berjadual secara pantas.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) juga memuat naik video ini yang menunjukkan kejadian itu dari sudut yang berbeza, dengan lokasi tersebut digambarkan sebagai Boca Chica, Texas, pada permulaan video.
AFP melaporkan nasib roket SpaceX berikutan ujian penerbangannya pada 2 Februari 2021 di sini.
Dakwaan serupa tentang roket Long March 5B milik China yang jatuh ke bumi juga dikongsikan dengan video berbeza dan telah dibongkar oleh AFP di sini dan sini.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami