'Ciapan Bill Gates cadangkan masukkan vaksin dalam makanan' adalah rekaan

Diterbitkan pada 06/02/2023 pukul 03:49

Sejumlah catatan media sosial berkongsikan tangkapan skrin yang kononnya ialah ciapan Twitter Bill Gates untuk mendakwa bahawa dermawan jutawan itu mencadangkan meletakkan vaksin dalam makanan. Tetapi catatan Twitter itu adalah rekaan. Tiada ciapan sedemikian muncul pada versi langsung maupun arkib dari akaun Twitter milik Gates. Yayasan beliau, Bill and Melinda Gates Foundation, mengesahkan dakwaan itu palsu.