Seorang peserta acara ratu cantik memakai kain selempang yang berlabel sebagai ‘Republic of Malaysia’ kerana kesilapan penganjur acara

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Khamis 21/11/2019 pukul 04:30
  • Durasi bacaan 2 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Beberapa pos Facebook menyoal dakwaan yang Malaysia ialah sebuah republik selepas seorang peserta acara ratu cantik memakai sehelai kain selempang yang ditulis dengan “Republic of Malaysia” di atasnya. Dakwaan itu mengelirukan. Malaysia mengikuti sistem Raja Berperlembagaan. Penganjur acara ratu cantik itu mengakui bahawa label itu adalah kesilapan.

Pos Facebook  yang diterbitkan di sini pada 5 November 2019 telah disukai melebihi 400 kali.

Gambar itu adalah mengenai seorang peserta acara ratu cantik yang memakai kain selempang yang tertera dengan perkataan “Republic of Malaysia”.

Kapsyennya menyatakan “Bila masa pula Malaysia jadi REPUBLIC...!?”

“Republik” merupakan “negara yg diketuai oleh seorang presiden yg dipilih oleh rakyat”, menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua. 

Berikutnya merupakan tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Foto tersebut juga diterbitkan di Facebook dengan dakwaan yang serupa di sini dan dikongsikan lebih dari 300 kali. 

Rakaman mengenai peserta acara ratu cantik itu dengan dakwaan serupa juga disiarkan di Facebook di sinisini dan di sini, dan telah ditonton melebihi 12,000 kali.

Dakwaan tersebut mengelirukan. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Penganjur acara ratu cantik mengakui bahawa label pada kain selempang tersebut adalah kesilapan.

Menurut laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia di sini: “Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara”. 

Carian kata kunci mendapati bahawa penganjur yang menganjur acara ratu cantik telah meminta maaf atas kejadian itu di sini pada 5 November 2019.

Kenyataan itu menyatakan: “Pengumuman rasmi

“Kami, dari penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa Myanmar 2019 ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan telah menggunakan nama ‘Republic of Malaysia’. Kesilapan ini tidak datang dari peserta Malaysia tetapi  daripada pihak kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana salah faham ini.

“Yang ikhlas oleh,
Miss Crystal Angel Antarabangsa 2019
#SayangiMalaysia
#PengumumanRasmi
#Maaf”.

Penganjur juga berkata di bahagian komen:
“Kepada Semua Rakyat Malaysia,
MCAI telahpun menukar nama Republic of Malaysia kepada Borneo. Organisasi Malaysia memerlukan nama ini. Kami telahpun berbincang dengan Organisasi Malaysia.  Minta maaf atas kegangguan ini. Dan kami telahpun memohon maaf. Jadi kami tidak lagi perlu sebarang kata negatif untuk kes ini lagi. KAMI CINTAI MALAYSIA. Terima kasih.❤️”. 

Media Malaysia The Star telah melaporkan kejadian tersebut di sini pada 5 November 2019.

Repot itu bertajuk: “Sila mengalu-alukan peserta kami dari ‘Republic of Malaysia’?”

Tiga perenggan yang pertama repot itu menyatakan: “Rakyat Malaysia di media sosial nampaknya sangat marah pada acara ratu cantik yang memanggil negara sebagai ‘Republic of Malaysia’.

“Acara Miss Crystal Angel Antarabangsa 2019, yang telah berlangsung pada Isnin (4 November) di Yangon, Myanmar, nampaknya ada dua peserta dari Malaysia – satu bergelar Miss Malaysia, dan yang satu lagi sebagai Miss Republic of Malaysia.

“Bagaimanapun, penganjur acara tersebut kemudiannya memohon maaf dan mengubah kesemua kegunaan nama ‘Republic of Malaysia’ kepada ‘Borneo’ pada laman Facebook rasminya pada Selasa (5 November).”

Berikutnya merupakan tangkapan skrin repot itu:

Image
Tangkapan skrin repot The Star

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami