Video ini menunjukkan sekumpulan pemuzik berhenti sementara persembahan untuk panggilan azan di Turki

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Khamis 28/11/2019 pukul 06:30
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Indonesia, AFP Malaysia
Sebuah video yang telah ditonton lebih daripada satu juta kali di beberapa pos Facebook dan YouTube bersama-sama dakwaan bahawa ia menunjukkan ahli-ahli muzik di Jerman berhenti persembahan agar dapat mendengar panggilan azan. Video tersebut telah disebarkan dalam konteks yang mengelirukan: ia menunjukkan sebuah pancaragam Perancis berhenti sementara persembahannya di bandar Istanbul, Turki, selepas mendengar panggilan azan dari masjid berdekatan.

Video tersebut telah diterbitkan di Facebook di sini pada 13 November 2019.

Ia telah dikongsikan lebih daripada 13,000 kali.

Rakaman sepanjang satu minit  itu menunjukkan sekumpulan pemuzik bermain alat-alat muzik di hadapan orang ramai di sebuah jalan.

Berikut tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Pos dalam bahasa Malaysia menyatakan: “Keadaan org bkn islam dijerman yg menghentikan aktiviti mereka utk menghormati seruan azan, Allah HuAkbar.” 

Video itu juga telah dikongsikan dengan dakwaan serupa di Facebook di sini dan di sini.

Rakaman tersebut juga dikongsikan dengan dakwaan yang serupa di dalam bahasa Indonesia di sini dan sini, di mana ia ditonton lebih daripada satu juta kali. Ia juga dikongsi di YouTube di sini dengan dakwaan yang serupa.

Video yang sama juga dikongsikan di sini di YouTube bersama dakwaan dalam bahasa Indonesia bahawa ia berlaku di Amerika Syarikat.

Semua dakwaan adalah tidak benar. Video itu menunjukkan sebuah pancaragam Perancis memberhentikan sementara persembahannya di Istanbul, Turki, selepas kedengaran panggilan azan dari masjid berdekatan. 

Video dari pos yang mengelirukan mengandungi logo tera air untuk surat khabar Turki Yeni Safak. Carian kata kunci untuk video asal di dalam laman sesawangnya mendapati video ini pada 9 Ogos 2019 yang bertajuk: “Ahli-ahli muzik Perancis memberhentikan sekejap persembahan untuk menghormati panggilan azan di Istanbul.” 

Kapsyen untuk video sepanjang satu minit itu menyatakan: “Sebuah kumpulan muzik yang mempunyai 18 orang ahli, Poil O’Brass Band, berhenti bermain muzik selepas mendengar azan di Istanbul.”

Poil O’Brass Band merupakan kumpulan pemuzik Perancis. Ini adalah laman sesawang rasminya dan ini adalah akaun Twitternya.

Berikutnya tangkapan skrin laman web Yeni Safak:

Image
Tangkapan skrin video di laman web Yeni Safak

Akaun Twitter Yeni Safak juga telah memuat naikkan video asal di sini pada 9 Ogos 2019.

Ciapan dalam bahasa Turki diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “18 orang dari kumpulan pemuzik jalanan Perancis ‘Poil O’Brass Band’, bermain di hadapan peminat muzik di Jalan Istiklal. Warga yang melalui di jalan itu dengan gembira mendengar kumpulan itu. Apabila azan bermula, persembahan tersebut berhenti sekejap.”

Di bawah adalah perbandingan video di dalam pos yang mengelirukan (kiri) dan video yang diterbitkan di laman sesawang Yeni Safak (kanan):

Image
Perbandingan tangkapan skrin video yang mengelirukan (kiri) dan video yang disiarkan oleh Yeni Safak (kanan)

Video tersebut dirakam pada Jalan Istiklal, Istanbul. Ia berpadanan dengan lokasi ini di Google Street View.

Pada tanda saat ke-34 di dalam video itu, kamera telah berpindah ke sudut ini pada jalan itu.  

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan video di dalam pos yang mengelirukan dari sudut tertentu (kiri) dan tangkapan skrin dari Google Street View (kanan); AFP telah membulatkan ciri-ciri yang sama di dalam warna merah. 

Image
Perbandingan video yang mengelirukan dari sudut tertentu (kiri) dan tangkapan skrin dari Google Street View (kanan)

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami